Bye-bye 2009

December 31st, 2009

Bagaimana dengan sambutan  perayaan Natal anda? Adakah ia disambut dengan sederhana tapi meriah? Esok dah nak masuk 2010 ekk? Rasa macam baru je orang kecoh-kecoh pasal Y2K, pasal  millennium bug dan alaf baru…..padahal takde apa-apa pun:-)

ii.

Perkara yang paling membosankan sepanjang tahun ini ialah perkataan 1Malaysia. Pergi mana-mana asyik dengar perkataan 1Malaysia. Buka TV1 ada 1Malaysia. Buka TV3 ada 1Malaysia. Buka suratkhabar ada 1Malaysia.Bosanlah.  Selepas perkataan cemerlang, gemilang, terbilang dan Islam Hadhari, kilang Perhubungan Awam mengeluarkan 1Malaysia pula. Haih..orang politik ni macam-macam.

Di Malaysia ini kehidupan kita dipisahkan oleh bermacam-macam perkara. Ada iklan untuk orang Melayu, ada iklan untuk orang Cina dan ada iklan untuk orang India. Kita bukan saja membaca suratkhabar yang berbeza, malah isu-isu yang berbangkit dikalangan kita juga tak sama. Pfuh…mujurlah kita masih dapat bersatu padu di bawah payung nasi lemak dan teh tarik. Terima kasih kedai mamak 24 jam.

Sebenarnya kita tak perlukan slogan yang besar-besar dan bombastik pun. Perkara-perkara bombastik ni cuma memburukkan lagi keadaan. Cubalah pergi ke blog yang menulis atau berdiskusi tentang perkara besar-besar ini dan buka ruangan komen entri mereka.  Mesti ada bau chauvinist. Bukannya susah sangat nak hidup aman damai ni. Intinya sederhana sahaja. Belajarlah menghormati orang lain. Dan oh ya…jadilah seorang manusia dahulu, kemudian barulah menjadi seorang Malaysia. *Cubalah..kamu pasti seronok;-)*

Oh…maaf. Saya bukan tidak bersetuju dengan 1Malaysia. Saya cuma tidak mempedulikannya. C’mon, surprise me with some real thing lah…

iii.

I think the Man of the Year should goes to Tiger Wood. (*12 and still counting…* It was spectacular dude!) No one can beat him, at least at the moment. I guess many men out there adore him. It just that; either they don’t want to admit it or they (still) hasn’t realize it. muahaha

iv.

Selamat tinggal 2009. Saya sedih kehilangan kamu. Saya sayangkan kamu walau kamu pernah melukai saya. Terima kasih kerana sepanjang kita bersama banyak perkara-perkara baik berlaku dalam hidup saya.Harap kamu bersemadi dengan aman. Doakan yang baik-baik untuk saya ya sayang *hukhuk*

Edisi Selamat Pengantin Baru Bung Moktar (2)

December 24th, 2009

Merry Christmas buddies. Have fun and enjoy yeah.

ii.

Setiap hari Encik Telco yang baik hati akan menghantar sms yang membosankan saya. Walaubagaimanapun bukan semua sms yang dihantar tidak menarik. Misalnya sms yang saya terima beberapa minggu lalu berbunyi begini “Pahala jihad boleh diperolehi oleh seseorang isteri dengan melayan baik dan penuh kasih sayang terhadap suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih dan lesu”. Hahaha

Kerana kononnya “sharing is caring” saya pun menghantar sms itu kepada adik perempuan yang baru cukup umur beberapa bulan sebelum itu. Beberapa minit kemudian adik saya membalas “Janganlah hanya melayan suami sewaktu lesu, layanlah sewaktu ingin meminta duit juga”.

Saya terasa mahu forward sms ini kepada Zizie Ezzette. Ada sesiapa yang ada nombor telefon dia?

iii.

Di Malaysia macam-macam perkara yang tidak masuk akal boleh hilang. Macam- macam perkara tersebut termasuklah pili bomba, kabel elektrik, selipar jepun serta budak-budak perempuan yang tidak cukup umur. Budak-budak perempuan tersebut boleh hilang sekelip mata daripada keluarga mereka dan dengan dua kelip mata mereka muncul di Lombok. Sungguh magik.

Kehilangan pun boleh jadi modal politik juga. Misalnya bila Kijang Care yang diterajui oleh seorang Exco Kelantan membawa pulang seorang gadis yang melarikan diri ke Lombok, Pemuda UMNO pun berminat juga. Jadi di antara agenda parti-parti politik sekarang ialah membawa pulang gadis-gadis yang melarikan diri ke Lombok bersama teman lelaki mereka (atau dilarikan) ke tanahair.

Sehingga hari ini tidak ada sesiapa pun terfikir untuk melakukan perkara yang cerdik sedikit untuk menghalang kejadian ini daripada berterusan berlaku (contohnya seperti menggubal undang-undang untuk mengekstradisi lelaki-lelaki Lombok yang melarikan anak-anak gadis dibawah umur). Walaupun kebanyakannya melarikan diri ke sana secara sukarela, tetapi kebanyakan mereka masih di bawah umur.

iv.

Saya merasa hairan bila kamu merasa hairan dengan kehilangan enjin jet TUDM.

Edisi Selamat Pengantin Baru YB Bung Moktar

December 22nd, 2009

Kata Socrates, kalau kamu mendapat isteri yang baik maka berbahagialah.Tapi jika tidak pun,  sekurang-kurangnya kamu boleh menjadi ahli falsafah.hahaha *wink*

ii.

Ahli-ahli parlimen (Barisan Nasional) buat perangai (lagi). Kali ini mereka ponteng sesi perbahasan dan pengundian untuk meluluskan Bajet 2010. Cuma 66 orang ahli parlimen Barisan Nasional menghadiri sesi itu. Sebenarnya ini bukan perkara baru, cuma kali ini riuhnya agak sekampung sebab kalau Bajet tidak diluluskan, jentera kerajaan akan lumpuh mulai Januari 2010. Parlimen perlu dibubarkan dan pilihanraya umum perlu diadakan semula. Memetik kata-kata Menteri Kewangan Kedua di dalam akhbar-akhbar arus perdana hari Ahad yang lalu, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah “Ini bukan soal kecil, tapi lebih besar dari perang”. Beliau bagaimanapun memilih untuk menyalahkan ahli parlimen pembangkang kerana sentiasa mengambil kesempatan.

Bajet 2010 akhirnya cuma diluluskan dengan tiga undi. Perdana Menteri yang panas dengan peristiwa ngeri itu mahukan penjelasan ahli parlimen yang terlibat malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh  Tsu Koon mencadangkan supaya diambil pendekatan budak-budak sekolah iaitu  setiap kali mereka tidak mahu hadir ke sidang dewan, mereka perlu meminta izin terlebih dahulu.

Walau apapun saya rasa kali ni alasan mereka ponteng sidang parlimen adalah hampir sama; menghadiri kenduri kahwin, menjadi pengapit, atau membantu YB Datuk Bung Moktar menyediakan hantaran dan bunga telur.

jika tak ada mesin ketik aku akan menulis dengan tangan, jika tak ada tinta hitam aku akan menulis dengan arang….

December 21st, 2009

emma_watson

……jika tak ada kertas,

aku akan menulis pada dinding,

jika aku menulis dilarang,

aku akan menulis dengan

tetes darah!

(Penyair oleh Wiji Thukul, 1988)

Sungguh! Saya merasa sangat bersalah kerana membiarkan bilik ini kosong dengan sangat lama. Saya juga rasa bersalah kerana sudah lupa tentang kewujudan bilik ini. Selain itu, saya juga rasa bersalah kerana terpaksa menipu diri sendiri kononnya saya adalah manusia sibuk. Padahal saya kan cuma seorang buruh kasar…

Saya juga rasa bersalah kepada cikgu Maran yang kacak (psst..baru malam itu saya tahu yang beliau merupakan Made in Klang.hahaha) kerana tidak memanfaatkan ilmu yang diperturunkan beliau kepada saya untuk kesejahteraan seluruh manusia.

Oleh itu saya berjanji kepada diri saya untuk menconteng atau mencarut perkara-perkara yang berfaedah walaupun sebenarnya saya pun tak tau nak conteng apa dan kalau pun ada rasanya macam tak penting untuk dibaca.

Bosanlah baca blog sekarang ni…balik-balik pasal politik. Oleh itu saya akan (cuba)menulis perkara yang tidak penting lansung seperti cendol, nasi ayam atau err…selipar jepun.

Walaubagaimanapun, saya akan cuba untuk mengelak daripada menulis tentang kain batik dan tarian pendet kerana menghormati buluh runcing rakyat Indonesia…

replica handbags,louis vuitton handbags,chanel handbags,gucci handbags,designer replica handbags,replica louis vuitton handbags,fake designer handbags,replica designer handbags,knock off designer handbags,replica designer bags,replica fendi handbags,Louis Vuitton,gucci handbags,chanel bags.
replica handbags,louis vuitton handbags,chanel handbags,gucci handbags,designer replica handbags,replica louis vuitton handbags,fake designer handbags,replica designer handbags,knock off designer handbags,replica designer bags,replica fendi handbags,Louis Vuitton,gucci handbags,chanel bags.