C’mon, cut the crap people.

January 8th, 2010

Malaysians are good in arguing and fighting and debating. They can be soooo damn good to others but not among themselves (according to the survey by HSBC Bank International, Malaysia is among the five most friendly places for expats to live where we were ranked in no 4). We are so creative in creating the issue to argue and to fight each other. *Tahun 2020 nanti mungkin diorang bergaduh pasal air sirap. Maklum…dah maju lah katakan….* Court and demonstration becoming our part of life, it seems to be.

There’s lotta solution but we are just dumb enough to ignore them. So, we go forth and back with the same old problems. And politicians are still busy. Making stupid jokes and showing their ugly grin. Shit!

ii.

Now they are fighting over the use of selipar jepun. Do they know that selipar jepun and sandal is actually the exact same thing?*grrrr*

Help me God, I am fekkin bored right now.

iii.

Anyway, I think people need to get a life and find something better to do.

Kebetulan, kamu sungguh jahat.

January 4th, 2010

Saya memang tidak berjodoh dengan kebetulan. Kalau ada pun kebetulan yang datang dalam hidup saya semuanya menjengkelkan. Makanya pagi ini saya terkejut apabila turun sahaja dari rumah, bas tiba-tiba datang. Tapi apabila ditahan bas itu tidak mahu berhenti. Uwaaaaaaa;-(

ii.

Saya perlu menunggu lebih kurang 30 minit untuk menaiki bas yang seterusnya dan saya tiba lambat ke tempat kerja. Grrrr!!!!!

iii.

Wahai pemandu bas Rapid Penang no 301, mengapa kamu tidak mahu berhenti? Walaupun tempat kerja saya tidak ada anugerah Best Capten of the Month atau Best Cadet untuk ditampal dipintu seperti tempat kerja kamu, saya pun mahu bekerja bersungguh-sungguh.

Edisi Selamat Pengantin Baru Bung Moktar (2)

December 24th, 2009

Merry Christmas buddies. Have fun and enjoy yeah.

ii.

Setiap hari Encik Telco yang baik hati akan menghantar sms yang membosankan saya. Walaubagaimanapun bukan semua sms yang dihantar tidak menarik. Misalnya sms yang saya terima beberapa minggu lalu berbunyi begini “Pahala jihad boleh diperolehi oleh seseorang isteri dengan melayan baik dan penuh kasih sayang terhadap suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih dan lesu”. Hahaha

Kerana kononnya “sharing is caring” saya pun menghantar sms itu kepada adik perempuan yang baru cukup umur beberapa bulan sebelum itu. Beberapa minit kemudian adik saya membalas “Janganlah hanya melayan suami sewaktu lesu, layanlah sewaktu ingin meminta duit juga”.

Saya terasa mahu forward sms ini kepada Zizie Ezzette. Ada sesiapa yang ada nombor telefon dia?

iii.

Di Malaysia macam-macam perkara yang tidak masuk akal boleh hilang. Macam- macam perkara tersebut termasuklah pili bomba, kabel elektrik, selipar jepun serta budak-budak perempuan yang tidak cukup umur. Budak-budak perempuan tersebut boleh hilang sekelip mata daripada keluarga mereka dan dengan dua kelip mata mereka muncul di Lombok. Sungguh magik.

Kehilangan pun boleh jadi modal politik juga. Misalnya bila Kijang Care yang diterajui oleh seorang Exco Kelantan membawa pulang seorang gadis yang melarikan diri ke Lombok, Pemuda UMNO pun berminat juga. Jadi di antara agenda parti-parti politik sekarang ialah membawa pulang gadis-gadis yang melarikan diri ke Lombok bersama teman lelaki mereka (atau dilarikan) ke tanahair.

Sehingga hari ini tidak ada sesiapa pun terfikir untuk melakukan perkara yang cerdik sedikit untuk menghalang kejadian ini daripada berterusan berlaku (contohnya seperti menggubal undang-undang untuk mengekstradisi lelaki-lelaki Lombok yang melarikan anak-anak gadis dibawah umur). Walaupun kebanyakannya melarikan diri ke sana secara sukarela, tetapi kebanyakan mereka masih di bawah umur.

iv.

Saya merasa hairan bila kamu merasa hairan dengan kehilangan enjin jet TUDM.

Edisi Selamat Pengantin Baru YB Bung Moktar

December 22nd, 2009

Kata Socrates, kalau kamu mendapat isteri yang baik maka berbahagialah.Tapi jika tidak pun,  sekurang-kurangnya kamu boleh menjadi ahli falsafah.hahaha *wink*

ii.

Ahli-ahli parlimen (Barisan Nasional) buat perangai (lagi). Kali ini mereka ponteng sesi perbahasan dan pengundian untuk meluluskan Bajet 2010. Cuma 66 orang ahli parlimen Barisan Nasional menghadiri sesi itu. Sebenarnya ini bukan perkara baru, cuma kali ini riuhnya agak sekampung sebab kalau Bajet tidak diluluskan, jentera kerajaan akan lumpuh mulai Januari 2010. Parlimen perlu dibubarkan dan pilihanraya umum perlu diadakan semula. Memetik kata-kata Menteri Kewangan Kedua di dalam akhbar-akhbar arus perdana hari Ahad yang lalu, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah “Ini bukan soal kecil, tapi lebih besar dari perang”. Beliau bagaimanapun memilih untuk menyalahkan ahli parlimen pembangkang kerana sentiasa mengambil kesempatan.

Bajet 2010 akhirnya cuma diluluskan dengan tiga undi. Perdana Menteri yang panas dengan peristiwa ngeri itu mahukan penjelasan ahli parlimen yang terlibat malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh  Tsu Koon mencadangkan supaya diambil pendekatan budak-budak sekolah iaitu  setiap kali mereka tidak mahu hadir ke sidang dewan, mereka perlu meminta izin terlebih dahulu.

Walau apapun saya rasa kali ni alasan mereka ponteng sidang parlimen adalah hampir sama; menghadiri kenduri kahwin, menjadi pengapit, atau membantu YB Datuk Bung Moktar menyediakan hantaran dan bunga telur.

replica handbags,louis vuitton handbags,chanel handbags,gucci handbags,designer replica handbags,replica louis vuitton handbags,fake designer handbags,replica designer handbags,knock off designer handbags,replica designer bags,replica fendi handbags,Louis Vuitton,gucci handbags,chanel bags.
replica handbags,louis vuitton handbags,chanel handbags,gucci handbags,designer replica handbags,replica louis vuitton handbags,fake designer handbags,replica designer handbags,knock off designer handbags,replica designer bags,replica fendi handbags,Louis Vuitton,gucci handbags,chanel bags.