Bye-bye 2009
Bagaimana dengan sambutan perayaan Natal anda? Adakah ia disambut dengan sederhana tapi meriah? Esok dah nak masuk 2010 ekk? Rasa macam baru je orang kecoh-kecoh pasal Y2K, pasal millennium bug dan alaf baru…..padahal takde apa-apa pun:-)
ii.
Perkara yang paling membosankan sepanjang tahun ini ialah perkataan 1Malaysia. Pergi mana-mana asyik dengar perkataan 1Malaysia. Buka TV1 ada 1Malaysia. Buka TV3 ada 1Malaysia. Buka suratkhabar ada 1Malaysia.Bosanlah. Selepas perkataan cemerlang, gemilang, terbilang dan Islam Hadhari, kilang Perhubungan Awam mengeluarkan 1Malaysia pula. Haih..orang politik ni macam-macam.
Di Malaysia ini kehidupan kita dipisahkan oleh bermacam-macam perkara. Ada iklan untuk orang Melayu, ada iklan untuk orang Cina dan ada iklan untuk orang India. Kita bukan saja membaca suratkhabar yang berbeza, malah isu-isu yang berbangkit dikalangan kita juga tak sama. Pfuh…mujurlah kita masih dapat bersatu padu di bawah payung nasi lemak dan teh tarik. Terima kasih kedai mamak 24 jam.
Sebenarnya kita tak perlukan slogan yang besar-besar dan bombastik pun. Perkara-perkara bombastik ni cuma memburukkan lagi keadaan. Cubalah pergi ke blog yang menulis atau berdiskusi tentang perkara besar-besar ini dan buka ruangan komen entri mereka. Mesti ada bau chauvinist. Bukannya susah sangat nak hidup aman damai ni. Intinya sederhana sahaja. Belajarlah menghormati orang lain. Dan oh ya…jadilah seorang manusia dahulu, kemudian barulah menjadi seorang Malaysia. *Cubalah..kamu pasti seronok;-)*
Oh…maaf. Saya bukan tidak bersetuju dengan 1Malaysia. Saya cuma tidak mempedulikannya. C’mon, surprise me with some real thing lah…
iii.
I think the Man of the Year should goes to Tiger Wood. (*12 and still counting…* It was spectacular dude!) No one can beat him, at least at the moment. I guess many men out there adore him. It just that; either they don’t want to admit it or they (still) hasn’t realize it. muahaha
iv.
Selamat tinggal 2009. Saya sedih kehilangan kamu. Saya sayangkan kamu walau kamu pernah melukai saya. Terima kasih kerana sepanjang kita bersama banyak perkara-perkara baik berlaku dalam hidup saya.Harap kamu bersemadi dengan aman. Doakan yang baik-baik untuk saya ya sayang *hukhuk*
Filed under selamat tinggal 2009 | Comments Off