Video: Siri Jelajah “Anwar On Trial”
March 6th, 2010 — Video
Video: Siri Jelajah “Anwar On Trial”
February 4th, 2010 — News, Video
Program ketiga Siri Jelajah “Anwar On Trial” dilangsungkan di Kuala Kangsar Perak, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak UREKA &Team Perakexpress.
Program Jelajah Forum Perbincangan Buku “Anwar on Trial: In the Face of Injustice”, akan membincangkan sejarah perbicaraan yang mencetuskan kontroversi lewat 1998/1999. Forum akan disampaikan secara santai, kupasan bahasa undang-undang yang mudah difahami rakyat kebanyakan dan diulas oleh panelis yang pakar.
Buku Anwar On Trial nukilan Pawanchek Marican merupakan satu bentuk pendedahan kronologikal bersabit konspirasi terancang ke atas YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada penahanan beliau selama 6 tahun di Sungai Buloh. Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda runtuhnya integriti sistem kehakiman Negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an.
2. Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2010 ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan pada tahun 1999 apabila kredibiliti penuduh, Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai. Ini ditambah dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar.
3.Forum ini yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) bertujuan untuk merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak.
Baju MERAH Kempen Royalti Kelantan
December 19th, 2009 — News
Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) menyeru penyokong mereka memakai baju berwarna merah setiap cuti umum sebagai membantah tindakan kerajaan pusat menafikan hak royalti rakyat Kelantan.
Mereka dalam satu kenyataan memberitahu, ‘Hari Berbaju Merah’ disarankan setiap hari Ahad bagi penduduk luar Kelantan dan hari Jumaat untuk rakyat di negeri itu.
“Pakai baju merah dan berkumpul ramai-ramai di kedai kopi, shopping kompleks dan sebagainya dan ambil photo untuk di letakkan di dalam laman group,” kenyataan mereka dipetik.
Difahamkan mereka juga telah mengadakan perjumpaan sulung Sabtu lalu di sebuah tempat di Kota Bharu.
Selain baju, beberapa bahan cetak berkaitan maklumat tuntutan royalti juga telah disiapkan dan diedar khususnya melalui laman blog dan laman sosial facebook.
Sebelum ini, wakilnya Hasani Mohamed memberitahu, pihak mereka akan melancarkan satu laman web rasmi berkaitan tuntutan royalti Kelantan sebagai usaha menyalurkan maklumat kepada rakyat.
Laman web yang sudah siap dibangunkan itu akan memuatkan himpunan maklumat berkaitan fakta, kronologi dan langakah seterusnya yang akan di ambil kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan bayaran royalti yang berjumlah 1 billion.
Ianya akan beroperasi sedikit masa lagi menggunakan alamat www.royaltikelantan.com dan akan memusatkan segala maklumat berkaitan tuntutan royalti Kelantan.
Menuruntnya GMRPRK juga sedang mengusahakan siri jelajah seluruh kelantan bagi memberi penerangan kepada rakyat berkaitan tuntutan hak royalti.
Sebelum ini mereka telah memulakan kempen mengumpul suara rakyat agar bersama menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti.
Kempen yang dimulakan Ogos lalu melalui laman sosial Facebook itu telah berjaya mengumpul ribuan ahli dari seluruh negara.
Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) merupakan pakatan generasi anak muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan royalti petroleum Kelantan yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat.
Selain itu mereka juga berperanan khusus sebagai pemasaran dan penggemblengan massa untuk rakyat kebanyakan menyatakan solidariti ke atas kempen royalti Kelantan.
Kempen terbaru tuntutan Royalti Kelantan dilancarkan!
December 18th, 2009 — News
Sebuah pertubuhan menamakan kumpulan mereka Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) akan melancarkan satu laman web rasmi berkaitan tuntutan royalti Kelantan sebagai usaha menyalurkan maklumat kepada rakyat.
Laman web yang sudah siap dibangunkan dan akan dilancar dalam beberapa minggu lagi itu akan memuatkan himpunan maklumat berkaitan fakta, kronologi dan langakah seterusnya yang akan di ambil kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan bayaran royalti yang berjumlah 1 billion.
Ianya akan beroperasi secara weblog dan boleh diakses pada alamat www.royaltikelantan.com.
Namun ianya hanya boleh diakases dalam masa terdekat sebelum pelancaran dibuat.
Menurut mereka, “Laman web ini akan beroperasi secara weblog, antara lainnya dibangunkan untuk menjadi pusat himpunan maklumat mengenai segala fakta, berita, roadshow, ceramah umum dan “hub” supaya segala rekod berkaitan kempen Royalti Kelantan dapat diakses secara centralize,”
Menuruntnya GMRPRK juga akan mengusahakan siri jelajah seluruh kelantan bagi memberi penerangan kepada rakyat berkaitan tuntutan hak royalti.
Sebelum ini GMRPRK telah memulakan kempen mereka mengumpul suara rakyat agar bersama menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti.
Kempen yang dimulakan Ogos lalu melalui laman sosial Facebook itu telah berjaya mengumpul ribuan ahli dari seluruh negara.
“Bermula di Facebook pada Ogos lepas kami berjaya mengumpul beberapa ribu ahli yang menyokong Kempen Royalti Kelantan,” katanya lagi.
Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) merupakan pakatan generasi anak muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan royalti petroleum Kelantan yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat.
“Kami memainkan peranan sebagai ajen pemupuk kesedaran masyarakat bahawa royalti Kelantan adalah hak mutlak Rakyat negeri itu dan penafian oleh pusat adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Selain itu GMRPRK juga berperanan khusus sebagai pemasaran dan penggemblengan massa untuk rakyat kebanyakan menyatakan solidariti ke atas kempen royalti Kelantan.
Laman web boleh diakses melalui: http://royaltikelantan.com/
Download Brosure InfoRoyalti(isu Januari 2010) untuk diedarkan: klik disini
