Rintihan akibat Pengusiran 74 Keluarga di Kg Manggis

Seramai 378 penghuni Kg Manggis berada dalam keadaan khuatir dan sedih kerana mereka telah diberi notis 60 hari yang akan berakhir pada 23 -28 Ogos 2010 oleh pihak peguam untuk mengosongkan kediaman masing-masing.

Penduduk Kg Manggis, Jalan Kelang Lama yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah, telah menetap di kawasan ini lebih dari 45 tahun berasa kesal dengan sikap lepas tangan yang ditunjukkan oleh tuan tanah dan pihak berkuasa tempatan.

‘kami tidak tahu tanah ini telah dijual kepada developer sehinggalah kami terima notis ini’ kata Chong Kim Lien 48, penghuni selaku setiausaha kepada penduduk ini.

Mengikut pengerusi penduduk kampong ini kawasan ini di miliki oleh empat orang pemilik iaitu Kwa Pak Weng, Saiful Bahri Bin Abdul Hadi, Mohd Arif Bin Mohd Shah dan Hor Kout Hon yang mewakili empat blok A,B,C,dan D. Keempat-empat pemilik ini telah menjual tanah ini kepada pemaju swasta The Sentrilands Sdn. Bhd untuk projek pembangunan.

Pengerusi penduduk Low Kim Heng 64, menyatakan ‘kami telah berusaha untuk bertemu dengan YB Senator Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia di Putrajaya sebanyak tiga kali namun usaha kami tidak tercapai’. Kami hanya disambut oleh setiausaha beliau Cik Shima dan sehingga kini tiada apa-apa jawapan yang diterima tambah beliau.

“Ápabila kami pergi ke pejabat UMNO di Bangsar, salah seorang pegawai bercakap , ini hal politik jangan cakap apa-apa…” jelas Yew Foong 47, AJK penduduk dengan perasaan kesal.

Ibu tunggal, Yee Ah Soon 86, yang menetap selama 31 tahu di Fasa C mengeloh “kami nak pergi mana? Bagi rumah kami boleh pindah, kalau saya dikehendaki keluar dari sini tidur bawah jambatan?”.

Seorang lagi warga emas, Yew Kam 70, yang telah menetap di sini selama 40 tahun “saya menyara hidup dengan kutip sampah, nak pergi mana? Siapa mahu bagi rumah”.

Penduduk Kg Manggis benar-benar khuatir memandangkan kesuntukkan masa kerana mengikut surat notis dari peguam Fasa B perlu dikosongkan sebelum 23
Ogos dan Fasa A sebelum 28 Ogos 2010. Kerja-kerja pengerobohan telahpun dilakukan terhad rumah-rumah yang telah dikosongkan oleh penghuni.

Dilaporkan oleh,

R. Rajeswari
K.S Tan
Wartawan Masyarakat

Kg Manggis: 74 families face imminent eviction

No Comment

No comments yet

Leave a reply

You must be logged in to post a comment.

replica handbags,louis vuitton handbags,chanel handbags,gucci handbags,designer replica handbags,replica louis vuitton handbags,fake designer handbags,replica designer handbags,knock off designer handbags,replica designer bags,replica fendi handbags,Louis Vuitton,gucci handbags,chanel bags.