Spiritual classes at Temple
Kelas keagamaan di Kuil

Temple atau Kuil akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan aktiviti sosial dengan sumber kewangan yang diperolehi dari kerajaan atau rakyat bagi kepentingan semua insan. Itulah kata-kata yang diluahkan oleh Pengerusi Jawatan kuasa Pendidikan Kuil Sri Raja Rajeswari, Encik Ravichandran. Beliau telah merangka satu modul bagi membantu kanak-kanak memperdalami aspek keagamaan yang dianggap amat penting bagi perkembangan insaniah dan kemantapan diri seseorang individu.

Bagi peringkat permulaan kelas keagamaan ini diberi fokus kepada kanak kanak di dalam lingkungan umur 4-7 tahun untuk mendalami kaedah-kaedah melakukan upacara keagamaan dan mengenali dan memahami elemen-elemen di kuil.

Aktiviti ini yang telah dijadualkan setiap hari Sabtu pagi selama 2 hingga 3 jam ini telah mendapat perhatian dan sokongan dari masyarakat disekeliling termasuk ibu bapa dan guru-guru untuk mengambil bahagian. Pelbagai acara telah di aturkan oleh pengelolanya Encik Ravichandran seperti mewarna, upacara sembahyang, pertunjukkan slide, dan sebagainya yang sememangnya amat menarik minat kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Kuil Encik Palaiya, menyatakan aktiviti sedemikian akan dilanjutkan kepada golongan remaja dan golongan muda supaya memberi manfaat yang berguna dalam menangani masalah sosial.
Ibubapa juga telah turut bersama kanak-kanak ini sehingga ke pengujung aktiviti.

Comments(0)





