Kakitangan beri idea kreatif dihargai

Kakitangan beri idea kreatif dihargai

Idea yang kreatif dan inovatif memberi pelbagai manfaat kepada organisasi dan pada masa yang sama membina hubungan positif di kalangan kakitangan.

Idea yang kreatif dan inovatif memberi pelbagai manfaat kepada organisasi dan pada masa yang sama membina hubungan positif di kalangan kakitangan.

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri berkata teknik dan informasi melalui gerak kerja kreatif dan inovatif juga dapat diterjemahkan dalam tugasan seharian masing-masing.

Menurutnya, bagi mencapai kecemerlangan elemen berkenaan dapat digunakan terutama dalam usaha mengekalkan mutu kecermelangan majlis dalam memberikan perkhidmatan di sini.

“Pertandingan ini melahirkan budaya inovasi dan kreativiti sebagai amalan setiap kakitangan majlis sebagai kelompok yang efisien dalam melakukan tugasan mereka.

“Malah ia juga membentuk proses kerja yang berkredibiliti dan mampu meningkatkan produktiviti perkhidmatan khususnya untuk warga bandar di raja ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mini Konvokesyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) MPK 2011 di Dewan Hamzah di sini.

Pada pertandingan itu, Kumpulan B-Pass dari Jabatan Kewangan muncul johan dengan mengalahkan 13 pasukan lain terdiri daripada pelbagai jabatan dengan hasil kreatif masing-masing yang dipersembahkan kepada juri dan penonton di dewan berkenaan.