Selangor siasat tanah hutan simpan diberi kepada individu

Selangor siasat tanah hutan simpan diberi kepada individu

Kerajaan Selangor akan menyiarkan kepada umum nama-nama individu yang diberikan tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di Kampung Keradang yang menjadi sebahagian Hutan Simpan Bukit Tarek.

gambar hiasan

Kerajaan Selangor akan menyiarkan kepada umum nama-nama individu yang diberikan tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di Kampung Keradang yang menjadi sebahagian Hutan Simpan Bukit Tarek.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kebanyakan mereka yang diberikan tanah TOL tidak menetap atas tanah berkenaan sebaliknya menyewa kepada pihak ketiga sama ada kepada individu atau syarikat bagi tujuan penanaman tanaman jangka panjang khususnya kelapa sawit.

Menurutnya, tanah di kampung itu adalah sebahagian hutan simpan tetapi kerajaan terdahulu menutup mata dan mengeluarkan sijil TOL dengan alasan ia hanya untuk sementara.

“Tetapi kita dapati tanah-tanah ini ditanam dengan kelapa sawit dan disewa kepada pihak ketiga untuk keuntungan. Mereka bukan pemilik alas tanah berkanaan dan tidak menghadapi masalah penempatan jika rumah diroboh,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Khalid berkata, kerajaan negeri tidak berkrompomi dan tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan salah guna kuasa dan pencerobohan hutan simpan di Bukit Tarek yang memberi kesan kepada kolam takungan air berdekatan.

Menurutnya, kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melakukan sekatan dan mengenal pasti sejauh mana pencerobohan di Hutan Simpan Bukit Tarek.

“Kerajaan negeri tidak akan meroboh rumah penduduk tetapi akan menemui penduduk untuk memastikan mereka tidak dipinggirkan kerana pemilikan rumah adalah keperluan asas setiap rakyat seperti yang diperjuangkan.

“Sehingga kini kerajaan negeri telah mengeluarkan lebih 100,000 geran kepada penduduk tanah TOL yang menetap di tapak itu lebih 15 tahun asalkan mereka menghormati dan mematuhi peraturan serta undang-undang,” tegasnya.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong