Persatuan pengguna Lembah Klang sokong kenaikan harga gula

Persatuan pengguna Lembah Klang sokong kenaikan harga gula

Persatuan pengguna di Lembah Klang menyokong langkah kerajaan menaikan harga gula 20 sen berkuatkuasa hari ini.

Persatuan pengguna di Lembah Klang menyokong langkah kerajaan menaikan harga gula 20 sen berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengguna dan Sosial Daerah Petaling Jaya (CAPS), Shamsuddin Hassan berkata tindakan itu memberi kesan kepada pengguna supaya dapat mengawal serta mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.

Menurutnya, secara umumnya rakyat di negara ini tahu mengenai bahaya pengambilan gula secara berlebihan mengakibatkan segelintir golongan menderita penyakit kencing manis.

“Malah, saya mendapat maklumat daripada orang ramai mengatakan ura-ura bahawa peniaga akan menaikkan 10 sen bagi setiap gelas atau secawan air minuman atas kenaikan harga gula.

“Sehubungan itu, kita berharap peniaga di restoran dan kedai makan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga minuman sesuka hati sekali gus membebankan pengguna,” katanya kepada Komunitikini, hari ini.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula.

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Sungguhpun demikian, harga itu masih rendah berbanding di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula adalah wajar dan disokong oleh gerakan pengguna negeri Selangor.

Selain itu, menurutnya, ia sebagai satu mekanisme bertujuan mengawal masyarakat khususnya peniaga daripada menggunakan kandungan gula dalam minuman dan makanan secara berlebihan.

“Kita mendapati rakyat negara ini mengambil begitu tinggi kandungan gula mengakibatkan begitu banyak penyakit seperti obesiti, penyakit jantung pada peringkat usia muda,” katanya.

See also  Sunway Medical Centre wins prestigious award for 3rd year

Ditanya sama ada kenaikan harga gula membebankan peniaga, Dr Jacob berkata ia bukannya satu masalah kepada mereka kerana sebelum ini pihaknya pernah mengadakan ceramah bahaya pengambilan gula berlebihan.

“Dalam keadaan seperti ini, apa yang penting saya menasihatkan peniaga supaya menyukat mengurangkan kandungan gula dalam minuman dan makanan seperti kuih muih untuk kesihatan generasi akan datang,” katanya.