Curi pasir: Aktivis terima ugutan bunuh

Curi pasir: Aktivis terima ugutan bunuh

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George mendakwa menerima ugutan bunuh terhadap diri dan keluarganya ekoran pendedahannya terhadap kegiatan mencuri pasir di Selangor baru-baru ini.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George mendakwa menerima ugutan bunuh terhadap diri dan keluarganya ekoran pendedahannya terhadap kegiatan mencuri pasir di Selangor baru-baru ini.

Beliau mendakwa menerima ugutan oleh beberapa individu ketika membuat lawatan di TTDI Jaya di Shah Alam – tempat kegiatan kecurian didakwa berlaku – pada Rabu lalu.

Dr Jacob juga mendakwa menerima ugutan melalui panggilan telefon yang mahu mencederakan dirinya serta keluarga daripada “tonto” berkaitan.

Menurutnya, beliau tidak menyangka sama sekali menerima ancaman dan ugutan sedemikian rupa kerana ia merupakan tanggungjawabnya berkhidmat kepada masyarakat untuk melaporkan isu kegiatan mencuri pasir.

“Mungkin apabila kenyataan dilaporkan kepada media cetak dan elektronik pada 5 Mei lalu dan masuk dalam video di Malaysiakini, mereka (tonto) naik angin dan bertindak menggugut mengancam mencederakan diri dan keluarga saya”.

See also  IJM unveils The Promenade for Bandar Rimbayu

“Sehingga kini saya masih fobia, tiada semangat, saya akan letak jawatan, saya takut, isteri saya cakap buat apa nak bahayakan diri dan keluarga,” katanya dihubungi Komunitikini hari ini.

Timbang letak jawatan

Beliau baru mendedahkan satu kes berkaitan walaupun difahamkan menerima maklumat lebih 200 kes daripada masyarakat setempat sejak beberapa bulan lalu.

Susulan ugutan itu, Dr Jacob berkata dua laporan polis telah dibuat iaitu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam dan Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam.

Mengulas lanjut,Jacob berkata beliau sedang menimbang kemungkinan untuk meletakkan jawatan selaku presiden persatuan itu.

Beliau juga mendakwa kesal kerana tiada seorang pun pemimpin daripada kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat bertanya mengenai keadaan dan keselamatan dirinya dan keluarga.

See also  IJM Land unveils Sutera, a tranquil oasis at Seremban 2

“Saya tak ceburi bidang politik, hanyalah pekerja sosial menjadi mata dan telinga kepada rakyat, mana slogan `jaga kebajikan rakyat` `rakyat diutamakan` dilaungkan selama ini.

“Saya juga telah melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya mengambil tindakan tegas ke atas kumpulan mencuri pasir dan menjamin keselamatan diri serta keluarganya,” katanya.