Boling mesra media MPK meriah

Boling mesra media MPK meriah

Stesyen televisyen TV 9 muncul juara Pertandingan Boling Mesra Bersama Media Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang diadakan di Ampang Superbowl, Klang Parade, Jalan Meru baru-baru ini.

 

Stesyen televisyen TV 9 muncul juara pertandingan Boling Mesra Bersama Media Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang diadakan di Ampang Superbowl, Klang Parade, Jalan Meru baru-baru ini.

Pada pertandingan itu, sebanyak 13 pasukan menyertai aktiviti yang menjadi acara tahunan MPK dan sering menjadi tumpuan pengamal media.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mislan Tugiu berkata pertandingan yang diadakan itu juga mampu mengeratkan lagi perhubungan media dengan majlis disamping mencungkil bakat-bakat baru di kalangan mereka (pengamal media).

“Penyertaan yang luar biasa daripada pengamal media membuktikan pertandingan ini sentiasa ditunggu-tunggu untuk mereka mempamerkan kemahiran dan bakat yang ada.

“Malah pada masa yang sama, majlis juga berbangga kerana pada masa kita juga dapat meraikan media yang sentiasa membantu MPK dalam menyampaikan mutu perkhidmatan kepada penduduk di sini,” katanya.

Pada pertandingan itu, TV 9 membawa pulang wang tunai RM 2000 dan piala,naib johan pula disandang oleh Sinar Harian dan ketiga, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, ahli majlis, ketua-ketua jabatan dan kakitangan yang terlibat.