Remaja dihantar ke sekolah pemulihan untuk 2 tahun

Remaja berusia 19 tahun akan menghabiskan masanya di Sekolah Pemulihan Henry Gurney, selepas Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman tersebut atas kesalahan mencabul kehormatan.

Remaja tersebut, yang didapati bersalah atas kesalahan mencabul kehormatan sepupu beliau sendiri yang berusia sembilan tahun, telah diperintahkan oleh Hakim Caroline Bee Majanil untuk berada di sekolah tersebut sehingga dia berumur 21 tahun.

Pada pertengahan Disember 2009, remaja tersebut telah dituduh mencabul kehormatan sepupu beliau yang bertempat di sebuah rumah yang terletak di Putatan.

Walaubagaimanapun, pada 1hb April tahun ini beliau telah mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuma penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman sedemikian jika sabit kesalahan.

Peguam yang mewakili beliau menghujahkan bahawa anak guamnya itu patut diberi peluang kedua atas dasar mengaku bersalah dan juga untuk memperbaiki hidupnya agar dapat menjadi insan yang baik pada masa akan datang.

Hairul berkata, “Remaja tersebut telah insaf dan berjanji pada dirinya dan keluarganya untuk memperbaiki kesilapannya. Dia seorang pesalah muda dan dihukum dengan diletakkan dalam keadaan kebimbangan yang melampau dengan tuduhan tersebut tergantung di atas kepalanya. Dia juga telah ditahan di penjara sejak 5hb Oktober 2010.”

Manakala Timbalan Pendakwa Raya, Afzan Abd Kahar, menggesa agar hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti keadaan dan seriusnya kesalahan tersebut demi kepentingan awam dan usia mangsa.

Hukuman akhirnya dijatuhkan oleh Mahkamah selepas mengambil kira semua faktor termasuk laporan sosial remaja, yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan.