Rakyat Malaysia membawa dadah ke New Zealand dalam kasut

Rakyat Malaysia membawa dadah ke New Zealand dalam kasut

Suruhanjaya Tinggi di New Zealand memohon untuk berjumpa 10 rakyat Malaysia yang ditangkap oleh pihak berkuasa New Zealand pada 26 April kerana cuba menyeludup methamphetamine bernilai NZ$10 juta (RM24 juta) dalam kasut mereka.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand memohon untuk berjumpa 10 rakyat Malaysia yang ditangkap oleh pihak berkuasa New
Zealand pada 26 April kerana cuba menyeludup methamphetamine bernilai NZ$10 juta (RM24 juta) dalam kasut mereka.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah berhubung dengan pihak berkuasa New Zealand bagi memastikan semua bantuan yang sewajarnya diberikan kepada rakyat Malaysia,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam.

Laporan menyebut kastam New Zealand membuat tangkapan itu selepas menahan dua rakyat Malaysia dari satu kumpulan pelancong yang tiba di lapangan terbang Auckland.

Selepas diperiksa dan disoal siasat, pihak berkuasa negara itu mendapati mereka membawa methamphetamine, atau P, dalam kasut masing-masing, sebelum bertindak mengesan kumpulan pelancong terbabit.

Mereka kini direman sehingga hadir untuk kali kedua di Mahkamah Daerah Manukau (New Zealand) pada 25 Mei.