Sesi mencegah jenayah sebelum solat Jumaat di Kedah

Sesi mencegah jenayah sebelum solat Jumaat di Kedah

Polis Kedah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan sesi penerangan memerangi jenayah sebelum solat Jumaat di masjid-masjid terpilih di seluruh negeri pada setiap minggu.

Image by sykicktb

Polis Kedah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan sesi penerangan memerangi jenayah sebelum solat Jumaat di masjid-masjid terpilih di seluruh negeri pada setiap minggu.

Ketua Polis Kedah Ahmad Ibrahim berkata antara topik yang diberi penekanan semasa sesi penerangan berkenaan adalah yang berkenaan masalah sosial, jenayah komersial serta pentingnya mewujudkan persekitaran selamat dan aman.

“Pegawai kita juga akan menjelaskan kepada jemaah tentang taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah memperdayakan mangsa, contohnya, penipuan menggunakan Facebook,” katanya kepada pemberita selepas menutup perkhemahan dan sambutan
Hari Kor Kadet Polis peringkat negeri di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am (PGA), Tupah, Merbok, semalam.

Ahmad berkata pada permulaan, pendekatan itu telah dijalankan di beberapa masjid sekitar Anak Bukit di Alor Setar selain di Yan dan Kulim.

Beliau berkata polis Kedah juga menyasarkan pelajar sekolah dalam Kempen Kesedaran Jenayah dengan mengumpulkan mereka di lokasi terpilih dan memberi taklimat berkaitan jenayah.

– Bernama