Pesta Buku Kanak-Kanak akan diadakan pada bulan Disember

Pesta Buku Kanak-Kanak akan diadakan pada bulan Disember

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan mengadakan Pesta Buku Kanak-Kanak pada Disember depan susulan daripada kejayaan Pesta Buku kali ke-30 yang melabuhkan tirainya Ahad lepas.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan mengadakan Pesta Buku Kanak-Kanak pada Disember depan susulan daripada kejayaan Pesta Buku kali ke-30 yang melabuhkan tirainya Ahad lepas.

Pengarah MBKM Dr A’Azmi Shahri berkata pesta buku itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) adalah bertujuan menggalak dan memupuk minat membaca di kalangan masyarakat terutama daripada peringkat kanak-kanak.

A’Azmi berkata selain daripada minat membaca, ia juga dapat menggalakkan lagi perkembangan pengeluaran buku kanak-kanak.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 telah berlangsung selama 10 hari, iaitu mulai 22 April hingga 1 Mei 2011 di lima ruang pameran PWTC.

Sepanjang pesta itu berlangsung, PWTC dibanjiri tidak kurang 250,000 pengunjung setiap hari, menurutnya. Beliau berkata 1.7 juta pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah mengunjungi pesta buku itu dan jumlahnya adalah meningkat berbanding tahun lepas.

See also  ICAEW bridges the gap: Boosting Bumiputera accountants

“Peningkatan jumlah pengunjung menunjukkan bahawa masyarakat kita sudah mulai mempunyai minat membaca. Purata tiga tahun kebelakangan ini, pengunjung ke pesta buku ada peningkatan. Untuk memupuk minat membaca, mereka boleh baca semua
jenis bahan bacaan seperti majalah, novel, surat khabar dan sebagainya,” katanya.

Antara buku yang memperoleh jualan terlaris sepanjang pesta itu berlangsung adalah buku ‘A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad‘ yang menghimpunkan kisah Dr Mahathir sejak 85 tahun kehidupannya, termasuklah ketika
zaman pemerintahan beliau.

A’Azmi berkata penjualan buku Dr Mahathir mendapat sambutan yang paling menggalakkan dua hari sebelum berakhirnya pesta buku itu.

“Selain buku Dr Mahathir, terdapat juga buku-buku lain yang mendapat sambutan daripada pembeli antaranya buku-buku berkaitan pengajian Islam dan pendidikan,” katanya.

See also  Compulsory preschool: Worthy goal needs strong foundation

Beliau juga berkata sebanyak 720 gerai telah dibuka yang melibatkan para penerbit dan syarikat pengusaha buku tempatan dan luar negara.

Katanya bagi perancangan masa hadapan, pihaknya akan terus mengadakan aktiviti seperti pesta buku di PWTC kerana ia memudahkan masyarakat berkunjung.

Sementara itu, tema yang dipilih bagi tahun 2011 ialah ‘Buku: Dunia Tanpa Sempadan’. Tema ini adalah satu langkah membudayakan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat, khusus generasi muda untuk mewujudkan generasi modal insan yang
berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai jati diri yang unggul dalam menghadapi persaingan global.

Penganjuran pesta buku yang diadakan secara tahunan merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pelajaran melalui MBKM dengan kerjasama pihak industri buku tempatan untuk menggalakkan seluruh lapisan masyarakat menggemari buku dan menanam minat membaca dalam kalangan rakyat di negara ini.

– Bernama