Surat: Kes hamil luar nikah terus meningkat pada kadar membimbangkan

Surat: Kes hamil luar nikah terus meningkat pada kadar membimbangkan

Peningkatan kes hamil luar nikah adalah bukti kegagalan Sekolah Harapan, bukti ketidakcekapan badan organisasi Balkis dan terutamanya sebagai bukti pelan kerja “separuh siap” Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Oleh Hajah Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Keadilan, Ahli Parlimen Ampang

Selasa, 3 May 2011

Respon kepada kenyataan Pengetua Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof berkenaan peningkatan kes hamil luar nikah terus berlaku saban hari adalah amat membimbangkan (Sinar, 2 Mei).

Saban tahun, berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menangani masalah sosial begini, namun tiada perubahan ‘constructive‘ yang dapat dilihat. Malah, peningkatan kes hamil luar nikah ini juga bukti kegagalan penubuhan Sekolah Harapan, bukti ketidakcekapan badan organisasi Balkis dan terutamanya sebagai bukti perancangan dan pelan kerja “separuh siap” Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Demi mengelakkan lebih banyak pembaziran dana dan wang rakyat berlaku, dan masalah ini dapat diatasi secara tuntas, saya memohon agar kerajaan segera meneliti semula konsep dan matlamat penubuhan Sekolah Harapan, sehingga suatu kajian penyelesaian secara menyeluruh ke atas masalah sosial ini dapat dibuat.

See also  Claire Organics hosts inspiring Kindness Summit 2.0

Ini kerana, peningkatan kes kehamilan luar nikah yang berlaku jelas telah membuktikan bahawa dengan penubuhan hanya satu sahaja Sekolah Harapan tidak akan mampu untuk menjadi penyelesai kepada masalah sosial sedia ada yang dihadapi di seluruh negeri.

Saya melihat, peningkatan kes kehamilan luar nikah ini secara amat serius kerana ini akan menyebabkan bilangan golongan ibu muda juga semakin bertambah. Adalah sesuatu yang amat merungsingkan kerana sehingga kini, kebajikan ibu muda sedia ada sendiri masih ditangguk enteng, apatah lagi dengan pertambahan yang hadir tentunya memberi lebih tekanan dan persaingan dalam komuniti teraniaya begini.

Bermula dari tekanan sebegini, maka tidak mustahil penglibatan aktiviti pelacuran oleh wanita muda sebegini terus meningkat dan sekaligus akan mengagalkan hasrat pemberdayaan dan pemerkasaan wanita yang diimpikan.

See also  Novartis Malaysia champions gender parity in STEM industries

Kerajaan tidak seharusnya terus mengenepikan golongan ibu muda dalam pembangunan negara kerana konsep Victoria “good women” dan “bad women” yang menjadi kod amalan kerajaan adalah amat mendiskriminasi terhadap wanita dan suatu dasar yang adil buat semua wanita harus dilaksanakan segera.

Sekian, terima kasih.