Jalan raya baru untuk Kampung Bambangan, Sandakan

Jalan raya baru untuk Kampung Bambangan, Sandakan

Kerja-kerja untuk membaik pulih jalan tersebut akan dijalankan tidak lama lagi apabila sejumlah RM14 juta ringgit telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi pembinaan jalan raya sepanjang lapan kilometer.

Bencana alam yang berlaku pada awal tahun ini di Kampung Bambangan telah menyebabkan500 orang penduduk  mengalami kesukaran untuk keluar atau masuk dari kampong akibat kerosakan teruk pada jalan raya.

Kerja-kerja untuk membaik pulih jalan tersebut akan dijalankan tidak lama lagi apabila sejumlah RM14 juta ringgit telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi pembinaan jalan raya sepanjang lapan kilometer.

Wakil rakyat Sekong, Samsudin Yahya (kiri)  berkata, jalan raya yang telah pulih itu nanti akan memberi kesenangan kepada penduduk, termasuk guru-guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bambangan, untuk keluar masuk dari situ.

Penduduk kampung itu juga bakal menerima kemudahan bekalan elektrik ujar Samsudin semasa Program Juara Rakyat di Kampung Bambangan, Batu 11 Sandakan.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dengan member kemudahan akuakultur kepada kawasan DUN Sekong yang akan dimulakan tahun ini.

” Ia adalah penting untuk diusahakan kerana hampir 90 peratus daripada penduduk di sana adalah golongan nelayan dan peladang. Dengan adanya MESEJ, ia dapat melaksanakan sektor perikanan dan pertanian di kawasan tersebut sekaligus memudahkan lagi rakyat di kawasan itu menikmati geran komunal  yang diberikan kerajaan menerusi sektor yang diusahakan.” Kata Samsudin sambil menambah bahawa usaha tersebut akan dapat membantu membasmi kemiskinan di kawasan tersebut.

Sumbangan makanan dan beras juga diberikan kepada setiap warga tua yang tinggal di kawasan tersebut.

See also  WVM launches 'Right the Wrong' campaign to combat poverty and hunger

Gary Louis Supi