Putatan diiktiraf sebagai daerah ke-25 di Sabah

Putatan diiktiraf sebagai daerah ke-25 di Sabah

Putatan merupakan daerah penuh ke-25 di Sabah yang mempunyai keluasan 199 kilometer persegi dengan keluasan bertanah 29 kilometer serta populasi penduduk lebih kurang 65, 000 yang terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum.

Putatan, kini telah sah menjadi salah satu daripada 25 daerah yang terdapat di Sabah berikutan daripada pengumuman dua hari lepas.

Sebelum ini, Putatan  terletak di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Penampang (MDP).

Ketua Menteri Sabah, Musa Haji Aman dalam majlis perasmian Daerah Putatan yang bertempat di Padang Majlis Daerah Putatan, berkata daerah Putatan mempunyai potensi untuk berkembang maju kerana kedudukannya yang amat strategik berhampiran bandaraya Kota Kinabalu.

“Ini adalah kerana Putatan menjadi pintu masuk ke bandaraya Kota Kinabalu dari arah Selatan, termasuk dari, Wilayah Perseketuan Labuan, Sarawak dan negara jiran Brunei,” ujar Musa.

“Kita mahu melihat daerah ini sentiasa indah dan yang paling penting kebersihannya perlu diberikan perhatian,” tambah Musa lagi yang turut menekankan rakyat di daerah tersebut agar membudayakan amalan kebersihan di kawasan kampung dan perumahan masing-masing.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Putatan yang kini  merupakan daerah penuh ke-25 di negeri ini mempunyai keluasan 199 kilometer persegi dengan keluasan bertanah 29 kilometer serta populasi penduduk lebih kurang 65, 000 yang terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum.

Pembangunan fizikal di daerah ini seperti gedung-gedung perniagaan, pusat pendidikan dan kawasan perumahan adalah amat ketara ejak akhir-akhir ini.

Pengiktirafan daerah Putatan sebagai daerah penuh akan menjadi pemangkin kepada banyak peluang ekonomi, pembangunan serta akan menarik lebih ramai lagi kehadiran pelancong ke daerah ini.

Gary Louis Supi