Bagaimana wanita meraikan Hari Pekerja Sedunia 2011?

Bagaimana wanita meraikan Hari Pekerja Sedunia 2011?

Wanita bukan sahaja tiada gaji minima, malahan tiada pilihan dalam pekerjaan dan tidak mendapat gaji yang setaraf dengan lelaki.

Oleh All Women’s Action Society (AWAM)

Penganjur Mei 1, yang mula menganjur Mei 1 sejak tahun 1994, pada tahun ini telah
menetapkan tema “Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi”. Pada tahun ini, Persatuan
Pergerakan Wanita (AWAM) juga turut serta menuntut agar Kerajaan melaksanakan
Akta Gaji Minima.

Walaubagaimanapun, AWAM mendapati golongan wanita bukan sahaja berkongsi
masalah tiada Akta Gaji Minima malahan tiada kesaksamaan dalam peluang mendapat
pekerjaan.

Menurut laporan Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010, didapati
penyertaan wanita dalam tenaga buruh tidak banyak berubah semenjak 1980-an. Jurang
di antara wanita dan lelaki secara purata untuk tahun 1980, 1990, 1995 2000 sehingga
2008 adalah 35.65%! Tahun yang tercatat peratusan yang tertinggi wanita menceburi
tenaga buruh adalah tahun 1990 iaitu 47.8%!

Wanita dan Peranan Gender

Kalau dibandingkan di antara wanita dan lelaki, dan meneliti golongan umur 20 – 24, 25
– 29 dan 30 – 34, menunjukkan golongan lelaki semakin stabil didalam pekerjaan tetapi
wanita menunjukan kecenderungan sebaliknya. Ini adalah kerana beban berganda yang
menimpa wanita disebabkan stereotaip gender. Bukan sahaja wanita bekerja di luar
tetapi terpaksa memikul tanggungjawab kerja rumah yang selama ini dianggap tidak
produktifIni adalah salah satu penyebab wanita tidak diambil kira dalam tenaga buruh.

Menurut Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2010, antara sebab-sebab
wanita tidak mencari kerja termasuklah masih belajar, kerja rumah, akan melanjutkan
pelajaran, hilang upaya, tidak minat, sudah bersara dan lain-lain.

Peratusan penyebab wanita tidak bekerja yang paling tinggi adalah kerja rumah, dimana
67.2% wanita menghadapi masalah dimana kerja rumah yang terlalu banyak sampai
jadi halangan untuk mencari kerja berbanding lelaki 2.3%. Peratusan sebab wanita tidak
bekerja yang paling rendah adalah tidak minat iaitu 0.3% berbanding lelaki 1.6%.

Sering kedengaran wanita tidak minat bekerja dan hanya ingin duduk rumah, tetapi
mengikut perangkaan, kerja rumah merupakan halangan utama dan alasan “tidak
berminat” hanya merangkumi segolongan kecil sahaja!

Golongan wanita telah dikorbankan dalam tenaga buruh kerana membuat kerja rumah
yang dianggap tidak mendatangkan sebarang pendapatan malahan dianggap sebagai
satu bebanan. Golongan wanita ini bukan sahaja tidak di lindungi dengan Akta Gaji
Minima, gaji pun tak ada.

Apakah peranan kerajaan? Adalah peranan kerajaan untuk memastikan semua orang
boleh bekerja Menurut Hak Asasi Manusia Sejagat Perkara 23, setiap orang mempunyai
hak untuk bekerja, dan hak untuk memilih pekerjaan.

Wanita dan Industri Pertanian

Menurut penyelidikan yang telah dilakukan di tahun berturut – turut oleh Jabatan
Statistik, , golongan wanita bumiputra merupakan golongan yang paling ramai terlibat
dalam tenaga buruh melalui sektor pertanian, iaitu 57% pada tahun 1990. Tetapi angka
ini turun dengan mendadak ke 28% pada tahun 2008! Polisi kerajaan yang mesra
teknologi dan mengabaikan industri pertanian merupakan salah satu punca yang
menyebabkan wanita tidak diambil kira dalam tenaga buruh. Angka ini adalah kerana
kerajaan telah mencuri tanah rakyat untuk projek yang diberi nama “pembangunan”
tapi hanya menguntungkan yang kaya dan telah mencabuli hak untuk berkerja terutama
wanita!

Wanita Dalam Tenaga Buruh

Walaupun wanita boleh mendapatkan kerja yang sama, gaji yang diterima adalah
berbeza berbanding dengan golongan lelaki.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, National Employment Return 2008, secara
purata lelaki mendapat 15.8% gaji yang lebih banyak berbanding dengan wanita. Jurang
yang paling ketara adalah untuk kerja sebagai Pengurus atau Pegawai Senior dalam
pejabat dimana lelaki mendapat 41.3% gaji lebih banyak berbanding dengan wanita.
Jurang yang paling kecil adalah “technicians and associate professionals”, walaupun
paling kecil masih tercatat jurang 2.5% lebih berbanding golongan wanita.

Wanita bukan sahaja tiada gaji minima, malahan tiada pilihan dalam pekerjaan dan tidak
mendapat gaji yang setaraf dengan lelaki. Disini, AWAM ingin mempersoal kerajaan
bagaimana untuk golongan wanita menyambut Hari Pekerja?