Bung Mokhtar: Nelayan perlu keluar dari takuk lama

Bung Mokhtar: Nelayan perlu keluar dari takuk lama

Beliau memberi ucapan ini ketika merasmikan majlis pembayaran elaun sara hidup nelayan secara tunai sempena Mesyuarat Agung tahunan kali ke-18 Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan di Dewan Masyarakat Sandakan anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan.

Ahli persatuan nelayan di sini akan mampu bersaing dengan persatuan yang nelayan lain di seluruh dunia jika mereka keluar daripada takuk pemikiran yang lama, ujar Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin.

Beliau berkata, mereka juga perlu memandang ke hadapan agar maju dalam bidang yang diterokai sejajar dengan usia pertubuhan itu yang kini memasuki 17-tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1994.

Jika persatuan-persatuan nelayan lain di seluruh dunia mampu menjana pendapatan tinggi dalam industri perikanan, maka ahli persatuan nelayan di sini juga mampu mencapainya jika mereka membuka pemikiran mereka, juar Bung.

” Nelayan juga perlu bijak mempelbagaikan hasil perikanan agar dapat meraih pendapatan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya melalui bantuan jabatan perikanan yang menyediakan bantuan pakar melalui penanaman tukun ikan.”

” Penerokaan perikanan laut dalam dijangka mampu memberikan pulangan lumayan kepada nelayan dalam jangka masa panjang sekiranya dilakukan secara serius,” tambah beliau lagi.

Beliau memberi ucapan ini ketika merasmikan majlis pembayaran elaun sara hidup nelayan secara tunai sempena Mesyuarat Agung tahunan kali ke-18 Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan di Dewan Masyarakat Sandakan anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan.

Cabaran untuk mendapatkan lesen penerokaan tersebut telah pun diberikan kepada persatuan nelayan di daerah ini agar dapat menikmati pulangan yang lumayan kelak, ujar beliau.

Seramai 659 ahli persatuan menerima elaun sara hidup masing-masing berjumlah RM200 seorang dan empat penerima bantuan bencana alam bagi jenis kematian berjumlah RM1000 hingga RM2000 ringgit seorang, di dalam majlis tersebut.

Gary Louis Supi