Trasikal, usaha kreatif tangani sampah

Trasikal, usaha kreatif tangani sampah

Sampah bertaburan, kawasan sempit dan lokasi sukar untuk dimasuki kenderaan seperti lori kini tidak lagi menjadi masalah apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS) Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperkenalkan “trasikal” motosikal roda tiga untuk kerja-kerja pembersihan sekitar bandar di raja.

Sampah bertaburan, kawasan sempit dan lokasi sukar untuk dimasuki kenderaan seperti lori kini tidak lagi menjadi masalah apabila Jabatan Alam Sekitar  Klang (JAS) dan  Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperkenalkan ‘trasikal’ motosikal roda tiga untuk kerja-kerja pembersihan sekitar bandar di raja.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mislan Tugiu berkata kerja-kerja pembersihan juga semakin efisien kerana trasikal itu akan memudahkan aktiviti mengutip sampah terutama di kawasan pusat bandar tanpa menyebabkan halangan lalu lintas.

Menurutnya trasikal itu juga mampu mengumpulkan sampah kecil dalam kuantiti yang banyak berbanding cara yang sedia ada.

“Trasikal ini menjmatkan kos dan pada masa yang sama memudahkan proses kerja terutama melibatkan aktiviti gotong-royong.

“Malah ia juga salah satu bentuk inovasi majlis dalam menangani isu sampah yang sering dikaitkan dengan bandar di raja ini,” katanya ketika merasmikan Trasikal di ibu pejabat MPK, hari ini.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu,  Setiausaha MPK, Ikhsan Mukri; Pengarah JAS, Wan Mohd Sofian Wan Husain, ahli majlis dan kakitangan yang lain.

Sementara itu, Wan Mohd Sofian berkata selain trasikal,  agensinya kini giat menguatkuasakan operasi kutu sampah dan pasukan yang terlibat akan terus mengenakan kompaun kepada pesalah dengan denda RM 10

Menurutnya, pesalah yang berkenaan diminta untuk membuat bayaran terus dan 90 peratus daripada individu itu terdiri daripada warga asing antaranya Bangladesh dan Indonesia.