Masidi Manjun: Tidak perlu ada pejabat pelancongan di setiap daerah pelancongan

Masidi Manjun: Tidak perlu ada pejabat pelancongan di setiap daerah pelancongan

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah tidak bercadang untuk menubuhkan pejabat pelancongan di setiap daerah yang dikategorikan sebagai daerah pelancongan.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah tidak bercadang untuk menubuhkan pejabat pelancongan di setiap daerah yang dikategorikan sebagai daerah pelancongan, kata menterinya Masidi Manjun.

Beliau berkata pengwujudan pejabat pelancongan di peringkat daerah tidak sesuai kerana penubuhannya akan meningkatkan kos yang ditanggung kerajaan.

“Sebaliknya, adalah lebih praktikal dan kos efektif untuk mewujudkan jawatan di peringkat daerah yang mana tugas dan tanggungjawab pegawai berkenaan adalah untuk membantu Pegawai Daerah dalam mana isu-isu berhubung pelancongan dan alam
sekitar.

“Ini penting memandangkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan di peringkat daerah adalah di bawah kawalan daerah berkenaan,” katanya ketika menjawab soalan Harman Mohammad (BN-Sulabayan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

See also  Langkawi International Airport receives prestigious ACI Award

Beliau juga mengesyorkan daerah yang menjadi tumpuan pelancong agar mengaktifkan semula Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah.

Jelasnya, jawatankuasa itu akan berfungsi sebagai satu saluran untuk menerima pandangan dan input daripada sektor swasta dan awam.

– Bernama