Indeks jenayah Sabah bagi tahun 2010 turun lima peratus

Indeks jenayah Sabah bagi tahun 2010 turun lima peratus

Indeks jenayah di Sabah berjaya diturunkan sebanyak lima peratus, sekaligus mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Kontinjen Polis Sabah, kata Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Radin Malleh.

Katanya, indeks jenayah bagi tahun lepas menunjukkan penurunan jumlah kes sebanyak 409 kes atau 5.06 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Bagi jenayah jalanan, terdapat penurunan kes sebanyak 279 kes (24.26 peratus) pada 2009 berbanding 2008, manakala 2010 menunjukkan penurunan 222 kes (25.4 peratus) berbanding tahun sebelumnya,” katanya ketika menjawab soalan Louis Rampas (BN-Kiulu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Dr Ewon Ebin berkata 5,034 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) mendapat faedah daripada Program 1 Azam tahun lepas melibatkan peruntukan RM40 juta.

“Untuk tahun ini, peruntukan di bawah program ini bagi negeri Sabah ialah RM85 juta dan dijangka akan memberi faedah kepada 8,500 peserta,” katanya ketika menjawab soalan Justin Guka (BN-Bingkor).

– Bernama