Denda RM4000 kerana memandu dengan cara berbahaya

Denda RM4000 kerana memandu dengan cara berbahaya

Khairul Azmir Matnasib, 31, walaupun tangan kanannya patah di dalam kemalangan tersebut tiga tahun lepas, didapati telah membahayakan dua orang mangsa yang mengalami kecederaan parah pada tulang rusuk dan seorang lagi cedera di kaki.

Seorang lelaki dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Sandakan selepas didapati bersalah, memandu dengan cuai sehingga sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Khairul Azmir Matnasib, 31, walaupun tangan kanannya patah di dalam kemalangan tersebut tiga tahun lepas, didapati telah membahayakan dua orang mangsa yang mengalami kecederaan parah pada tulang rusuk dan seorang lagi cedera di kaki.

Khairul, mengaku melakukan perbuatan tersebut di kawasan Batu 16 Jalan Labuk Sandakan di hadapan Majistret, Monica Linsua.

Pada hari kejadian, Khairul bersama dengan isterinya sedang memandu kereta dari arah Kinabatangan menuju ke Sandakan apabila kenderaan mereka telah memasuki jalan arah yang bertentangan.

Sebuah van yang datang daripada arah bertentangan tidak dapat mengelak kenderaan Khairul lalu bertembung.

Akibat daripada kemalangan itu, penumpang van tersebut telah patah tulang rusuknya manakala pemandu van pula hanya cedera ringan dibahagian kaki.

Khairul didakwa di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Majari Awal Jari.

Sekiranya gagal membayar denda tersebut, Khairul boleh dipenjara selama enam bulan.

 

Gary Louis Supi