Sejauh mana keberkesanan pendidikan seks kepada generasi muda

Adakah pendidikan seks akan memberi kesan negatif  atau sebaliknya kepada generasi muda, timbul seribu satu persoalan berhubung isu sedang hangat diperkatakan pada masa kini.

Walaupun ada segelintir yang membantah dan tidak kurang pula menyokong tindakan ini, ia dilihat memberi impak besar sekiranya pendidikan dilaksanakan.

Gambar hiasan
Berdasarkan statistik  daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara pada tahun 2009.

 

Memetik kenyataan Ketua Pengarah JPN, Alwi Ibrahim, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Ini bermakna, berdasarkan jumlah kelahiran anak luar nikah pada tahun 2009 seramai yang seramai 17,303, bagi setiap satu jam, akan lahir dua orang anak luar nikah.

Manakala setiap hari terdapat 47 bayi luar nikah dilahirkan dan didaftarkan. Jumlah tersebut adalah bagi bayi yang dilahirkan dan didaftarkan, tidak termasuk bilangan bayi hasil daripada penzinaan yang dibunuh dan dibuang di merata-rata tempat.

Dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu beragama Islam.

Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).

“Anak luar nikah”

Jika dibuat perbandingan di antara kaum, dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009 berdasarkan maklumat diperolehi daripada laman blog, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang “kaum-kaum lain” dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) ditempat kedua dan di tempat yang ketiga ialah kaum Cina (23,692 kes).

Malah, laporan statistik dikeluarkan laman portal Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan.

Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000–2010 ialah 2.17 peratus.

Dianggarkan jika jumlah bayi yang dilahirkan hasil daripada penzinaan sepanjang 2005-2009 ialah seramai 74,723, ini bermakna bagi setiap 197 orang Melayu Islam akan melahirkan seorang anak luar nikah.

Skor A dalam mata pelajaran seks

Seandainya pendidikan seks diajar di sekolah, sudah semestinya pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan keputusan terbaik. Secara tidak langsung mereka akan menonton video lucah dan mempraktikkan kerana setiap latihan teori sudah semestinya ada praktikal.

Realiti yang perlu dihadapi masyarakat khususnya ibu bapa bagaimana cara untuk menghalang anak-anak mereka melakukan seks bebas seandainya tiada tapisan terhadap saluran televisyen dan internet.

Laporan di atas seolah-olah menggambarkan bahawa penzinaan dan melahirkan anak luar nikah sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat.

Ia boleh diibaratkan sebagai istilah “retorik” sama seperti laporan atau statistik kemalangan jalan raya di setiap kali musim perayaan atau statistik nikah cerai yang saban tahun dilaporkan pihak berkuasa dan kemudiannya dipetik oleh akhbar-akhbar di negara ini.

Semuanya sekadar laporan, saban tahun akan dikeluarkan dan disensasikan dan kemudiannya senyap tanpa sebarang tindakan konkrit bagi menyelesaikannya.

Sehubungan itu, setiap pemimpin, parti politik dan NGO perlu duduk semeja mencari di mana punca silapnya bagi menyelesaikan isu pendidikan seks keruntuhan moral dan akhlak semakin membimbangkan pada hari ini.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE