Gagasan 1Malaysia susah berjaya menurut Rais Yatim

Gagasan 1Malaysia susah berjaya menurut Rais Yatim

Tahap kefahaman keseluruhan terhadap Gagasan 1Malaysia telah mencapai 84.4 peratus sehingga Julai tahun lepas, menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dr Rais Yatim.

Tahap kefahaman keseluruhan terhadap Gagasan 1Malaysia telah mencapai 84.4 peratus sehingga Julai tahun lepas, menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dr Rais Yatim.

Beliau berkata hasil kajian kefahaman dan penerimaan masyarakat terhadap Gagasan 1Malaysia itu juga telah melebihi sasaran petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian berkenaan, iaitu 71.9 peratus.

“Kalau berdasarkan hasil kajian ini boleh dianggap Gagasan 1Malaysia iniĀ  sudah berjaya dan ia merupakan prinsip kenegaraan yang paling mudah dijual dan disampaikan kepada rakyat tanpa banyak masalah atau aral, tinggal lagi kritikan-kritikan politik, yang kita yakin akan dapat diatasi,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Penyerlahan Gagasan 1Malaysia, hari ini.

Katanya hasil kajian yang dilaksanakan pada Jun hingga Julai 2010, melibatkan 15,353 responden itu akan dibentangkan kepada jemaah menteri tidak lama lagi bagi menunjukkan trend dan kecenderungan yang harus diambil perhatian oleh kerajaan selepas ini.

Rais berkata kajian seumpamanya akan dijalankan sekali lagi tahun ini dengan mengambil kira kumpulan data yang lebih luas, iaitu sehingga 30 ribu responden bagi membolehkan gambaran sebenar mengenai tahap penerimaan Gagasan 1Malaysia dikenal pasti.

Dalam pada itu, bagi menyerlahkan lagi kefahaman rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia, kementerian melalui agensinya akan mendekati institusi-institusi bukan kerajaan (NGO), termasuk yang berteraskan generasi muda untuk menyebarluaskan pengertian konsep berkenaan.

Setakat ini kementerian telah melaksanakan beberapa program penghayatan Gagasan 1Malaysia bersama syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk empat agensi bawah KPKK iaitu Telekom Malaysia, Pos Malaysia Berhad, Suruhanjya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.

Seramai 2,114 peserta daripada syarikat-syarikat terbabit telah menghadiri program itu yang antara lain bertujuan memberi kefahaman, penghayatan dan amalan terhadap hasrat Gagasan 1Malaysia.

Rais berkata kementerian juga berharap program seumpamanya dapat diserapkan dalam sesi-sesi bimbingan di institusi perguruan di seluruh negara.

“Jika kita dapat pohon izin Timbalan Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) untuk sertai beberapa sesi bimbingan maka ini akan lebih berkesan daripada biasa,” katanya yang turut menyarankan agar pegawai-pegawai kerajaan yang sedang mengikuti kursus di Insitut Tadbiran Awam Negara (Intan) turut disertakan dalam bimbingan 1Malaysia.

Manakala sebagai usaha menyemai nilai-nilai Gagasan 1Malaysia kalangan masyarakat minoriti, termasuk di Sabah dan Sarawak, Rais berkata pendekatan ‘sentuhan rakyat’ perlu diguna pakai.

– Bernama