Buletin MPK prihatin papar maklumat terkini warga Klang

Buletin MPK prihatin papar maklumat terkini warga Klang

Agresif, Kredibiliti dan Informatif moto buletin terkini MPK Prihatin yang dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjadikan ia sumber maklumat terkini warga bandar di raja ini.

Pengarah JKPA, Norfiza Mahfiz berkata, buletin itu akan dikeluarkan setiap tiga bulan sekali dan menampilkan isu yang lebih serius berkaitan segala aktiviti majlis dan program yang diadakan oleh MPK.

Menurutnya MPK Prihatin memaparkan penglibatan setiap jabatan dan menerima sambutan menggalakkan apabila ia mula diedar minggu lalu.

“Kewujudan buletin ini menjadikan ia lembaran terbaru dalam fungsi JKPA menyalurkan maklumat kepada umum berkaitan aktiviti majlis khususnya di kawasan ini.

“Malah ia kecemerlangan berterusan jabatan ini yang menggunakan pelbagai medium untuk memberikan sumber informasi kepada warga Klang,” katanya.

See also  HWUM earns recognition for graduate employability

Norfiza berkata, selain MPK Prihatin,JKPA juga mempunyai beberapa alternatif lain antaranya buletin Aktiviti Bulanan, Facebook(Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam) dan laman web MPK Prihatin yang telah menjadi pilihan penduduk setempat untuk mengetahui aktiviti dan program majlis.

Menurutnya MPK Prihatin boleh didapati di Lobi MPK dan akan diedarkan ke pejabat-pejabat kerajaan, agensi swasta dan wakil kawasan perumahan serta kampung sekitar kawasan ini dalam masa terdekat.