Pemaju digesa adakan rundingan walaupun dapat perintah mahkamah

Pemaju digesa adakan rundingan walaupun dapat perintah mahkamah

Pemaju Peter’s Brickworks Sdn Bhd digesa agar meneruskan rundingan dengan penduduk walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan 3 keluarga yang berada di atas tanah mereka di PJS1, Petaling Jaya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata Kerajaan Selangor tidak merestui perobohan secara paksa sebarang kediaman warganegara Malaysia kecuali telah berlaku rundingan dan satu penyelesaian telah dicapai.

Menurutnya diharapkan agar pihak pemaju akan meneruskan rundingan walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah agar keluarga-keluarga itu perlu berpindah pada 25 April 2011.

“Amalan perobohan secara paksa seperti di bawah Kerajaan terdahulu tidak direstui oleh kerajaan sekarang,” katanya menerusi satu kenyataan media, lewat petang ini.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Justeru itu, Iskandar berkata penguatkuasa pihak berkuasa tempatan dan majlis daerah adalah dilarang sama sekali terlibat di dalam sebarang perobohan seperti ini.

” Ini memandangkan di bawah kerajaan yang lepas, mereka bersama-sama pemaju telah terlibat di dalam operasi perobohan,” jelasnya.