Kanak-kanak berusia 18 bulan mati, disyaki akibat didera

Kanak-kanak berusia 18 bulan mati, disyaki akibat didera

Kanak-kanak berusia 18 bulan mati, disyaki telah didera oleh seorang wanita di Sungai Petani semalam. Kesan kecederaan pada badan mangsa konsisten dengan kecederaan akibat didera.

Seorang kanak-kanak berumur 18 bulan mati, disyaki didera oleh seorang wanita di Sungai Petani semalam.

Satu laporan polis telah dilakukan oleh ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda, Kedah.

Menurut ibu mangsa yang berumur 22 tahun, anak beliau telah dihantar ke rumah isteri pertama suaminya pada sebelah pagi.

Kira-kira jam 11.00 pagi, kanak-kanak tersebut dikatakan telah jatuh dari bahagian atas katil dua tingkat.

Walaubagaimanapun, ibu mangsa tidak percaya dengan alasan yang diberikan selepas melihat kecederaan pada badan mangsa yang konsisten dengan kesan penderaan.

Ibu mangsa dikatakan telah melihat kesan kecederaan pada badan mangsa semasa mengurus jenazahnya untuk dikebumikan.