Pendaftaran pengundi di Pulau Jambongan, Beluran pada 9 Mei ini

Program Pendaftaran Pemilih oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan diadakan di Pulau Jambongan, Beluran pada 9hb Mei ini.

Ia dirancang oleh pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Sugut yang merupakan lanjutan daripada kejayaan usaha pihak itu kelmarin d idalam mendaftarkan sebanyak 118 warganegara layak mengundi di pulau tersebut.

Wakil Rakyat Sugut, Surady Kayong, menasihatkan masyarakat Pulau Jambongan khususnya dari Kampung Bahanan dan Kampung Limau-Limau, agar hadir pada program tersebut sekaligus membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihanraya akan datang.

Surady turut mengucapkan tahniah atas kesungguhan pihak penganjur di dalam menjayakan program tersebut.

 

 

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE