Usaha Sekolah Harapan dipuji Rosmah Mansor

Usaha Sekolah Harapan dipuji Rosmah Mansor

Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor semalam memuji usaha kerajaan Melaka menubuhkan Sekolah Harapan yang disifatkannya sebagai pendekatan berani.

Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor semalam memuji usaha kerajaan Melaka menubuhkan Sekolah Harapan yang disifatkannya sebagai pendekatan berani.

Beliau berkata walaupun mendapat bantahan, penubuhan sekolah itu yang dicetuskan Ketua Menteri Menteri Melaka Mohd Ali Rustam membuktikan keikhlasan kerajaan negeri membantu remaja yang menghadapi masalah.

“Walaupun kami (Rosmah dan Mohd Ali) teruk kena hentam (pada peringkat awal penubuhan sekolah) apa yang mustahaknya, kami ikhlas dan sedia menolong remaja belasan tahun ini yang telah terlanjur dan tersalah langkah,” katanya.

Berucap ketika melawat Pusat Intervensi Autisme dan merasmikan Kelas Vokasional di pusat itu, Rosmah berkata beliau pernah melawat sekolah seperti Sekolah Harapan tersebut di Brussels, Belgium pada Oktober lepas.

See also  World-class cybersecurity centre opens in Kuala Lumpur

Dikenali ‘Centrum voor Ingrale Gezinszorg’ (CIG), pusat itu menempatkan ibu muda yang dihantar oleh mahkamah juvana dan juga ibu bapa, katanya.

Rosmah yang dalam lawatan sehari ke sini sebelum itu merasmikan sekolah tersebut yang terletak di Jasin. Sejak beroperasi pada September lepas, Sekolah Harapan telah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil.

-Bernama