Selangor wujudkan sistem google atasi masalah geran tanah

Selangor wujudkan sistem google atasi masalah geran tanah

Kerajaan Selangor telah mewujudkan satu sistem baru bagi menyelesaikan masalah pembahagian geran tanah di negeri ini menggunakan sistem carian google.

Kerajaan Selangor telah mewujudkan satu sistem baru bagi menyelesaikan masalah pembahagian geran tanah di negeri ini menggunakan sistem carian google.

Ketika berucap merasmikan Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) peringkat Daerah Klang hari ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya berhasrat untuk menjadikan daerah Klang, lokasi pertama yang akan menguji keberkesanan sistem ini.

Menurutnya, sistem yang diusaha oleh sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini dijangka akan memudahkan pemilk tanah untuk mengetahui status dan lokasi sebenar tanah mereka.

“Kita perkenalkan satu teknologi maklumat, yang akan memaparkan gambar dan nama pemilik tanah dalam internet melalui sistem google, ini bukannya emel percuma, ini sistem betul.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

“Fungsinya ialah untuk mengetahui status tanah kerajaan, tanah TOL (Lesen menduduki sementara) dan juga tanah orang yang tidak bayar yang sebelum ini kita tidak tahu,” katanya disambut gelak ketawa kira-kira 400 hadirin yang hadir.

Sehubungan itu, beliau berharap penghasilan sistem ini akan menjadi titik permulaan dan usaha Kerajaan Negeri menjadikan pentadbiran Negeri Selangor yang lebih efisyen.

“Kerajaan Negeri masih berusaha untuk menyelesaikan masalah pemberian geran tanah, langkah ini perlu kerana terlalu banyak permohonan dalam menentukan pemilikan tanah, sebelum ini.

“Sudah berpuluh-puluh tahun tanah tersebut belum diselesaikan dan pemilik tanah tersebut sehingga kini masih belum mengetahui keputusan permohonan tersebut,” katanya.

Menurutnya, sistem ini juga akan memudahkan penduduk untuk mengetahui masalah berhubung tanah mereka kerana pihak Pejabat Tanah dan Daerah sendiri akan berjumpa dengan penduduk untuk menunjukkan tanah tersebut.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Difahamkan, sistem ini masih dalam peringkat permulaan dan belum mencapai tahap mesra pengguna terutama bagi warga emas yang kurang arif menggunakan komputer dan internet.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kejayaan sistem ini kerana ia pastinya akan memberi kesan positif kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Sistem ini menggunakan carian google yang memaparkan peta satelit terkini dan pengguna sistem ini hanya perlu memasukkan nama dan maklumat peribadi untuk menyemak status tanah mereka.