Bahana ubah suai rumah tanpa kebenaran

Bahana ubah suai rumah tanpa kebenaran

Sebuah rumah di jalan PJS 2D/15D Taman Meda dikenakan tindakan sita oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana membuat pengubahsuaian rumah tanpa kebenaran.

Sebuah rumah di jalan PJS 2D/15D Taman Meda dikenakan tindakan sita oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana membuat pengubahsuaian rumah tanpa kebenaran.

Penolong Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ,  Ismathinoon Abdul Rahman berkata tindakan diambil berikutan pemilik rumah masih berdegil meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian meskipun surat memberhentikan kerja telah dikeluarkan pada 4 April lalu.

Menurutnya mesyuarat koordinasi meroboh bersetuju mengalihkan peralatan dan bahan binaan dari rumah tersebut.

“Setakat ini kita tidak menerima apa-apa rayuan daripada pemilik rumah, jadi atas dasar aduan daripada penduduk tindakan diambil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,”katanya

Operasi yang diadakan baru-baru ini turut melibatkan pihak Jabatan Kawalan Bangunan anggota penguatkuasa MBPJ, polis dan Syabas.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Turut hadir Pengarah Unit Aduan MBPJ Tengku Nazaruddin Tengku Zainuddin.

“Antara kesalahan yang dilakukan termasuklah menutup longkang serta menghalang penglihatan pemandu dipersimpangan,”katanya

Menurutnya sebarang bentuk pengubahsuaian perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ terlebih dahulu.