Penempatan baru di Pekan Kinabatangan akan membawa masalah

Penempatan baru di Pekan Kinabatangan akan membawa masalah

Walaupun penempatan di kawasan baru di Pekan Kinabatangan akan menyelesaikan masalah banjir tetapi ia akan menyebabkan penduduk tersebut hilang mata pencarian.

Kira-kira 180 buah keluarga sering mengalami kesukaran dan ancaman akibat masalah banjir yang melanda Kampung Pengkalan Bukit Garam.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah membangunkan sebuah perkampungan baru khas untuk penduduk terbabit. Kawasan kediaman tersebut yang kini sudah 60% siap, dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

Walau bagaimanapun, penempatan penduduk Kampung Pengkalan Bukit Garam di kawasan baru yang terletak di Pekan Kinabatangan ini menimbulkan satu lagi masalah.

Pemindahan mereka ke kawasan ini akan menyebabkan mereka menghadapi masalah mencari pendapatan kerana selama ini mereka boleh menangkap ikan di sungai sebagai mata percarian.

Mereka juga akan menghadapi masalah untuk menserasikan diri dengan bidang lain kerana mereka sudah biasa dengan pekerjaan turun-temurun sebagai nelayan.

See also  WVM launches 'Right the Wrong' campaign to combat poverty and hunger

Secara tidak langsung, ini akan menjejaskan pendapatan mereka dan tidak berupaya untuk membayar ansuran RM100 sebulan untuk rumah baru yang akan mereka duduki oleh kelak.

Menyedari hakikat ini, pejabat parlimen Kinabatangan akan mengadakan suatu perjumpaan dengan kerajaan negeri bersama kerajaan persekutuan untuk membincangkan kaedah mengatasi masalah sumber pendapatan penduduk Kampung Pengkalan Bukit Garam.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin berkata, penduduk di sana bergantung sepenuhnya kepada hasil-hasil sungai sebagai punca pendapatan mereka.

“Apabila siap kelak (penempatan baru) penduduk perlu membayar rumah yang bakal diduduki kelak dengan jumlah RM100 sebulan. Apabila kehilangan punca pendapatan, maka penduduk akan mengalami kesukaran untuk membayar jumlah tersebut.”Kata  Bung sambil mengharapkan suatu penyelesaian yang positif dapat dicapai hasil daripada perjumpaan tersebut demi kesejahteraan penduduk terbabit.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Mengenai bencana banjir yang sering melanda di kampung terbabit setiap tahun Bung berkata bahawa buat masa ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Sehingga kini hanya tanaman dan ternakan sahaja yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir tersebut manakala tiada sebarang kemalangan jiwa,” kata Bung lagi, sambil menambah bahawa penempatan baru untuk penduduk di Kampung Balat dan Kampung Dagat yang juga sering mengalami bencana banjir juga akan diwujudkan.

 

Gary Louis Supi