Persatuan penduduk Tmn Kanagapuram sangkal kenyataan pengusaha kereta terpakai

Persatuan penduduk Tmn Kanagapuram sangkal kenyataan pengusaha kereta terpakai

Oleh Fadzly Esa

Persatuan Penduduk Taman Kanagapuram, Petaling Jaya menyangkal kenyataan wakil pengusaha kereta terpakai seperti dilaporkan media baru-baru ini bahawa kawasan perumahan mereka tidak sesuai dijadikan rumah kediaman.

Dalam sidang media dianjurkan persatuan penduduk itu, pengerusinya, S.Selvaratnam mempertikaikan kenyataan tersebut disifatkanya tidak berasas sama sekali kerana masih ada penduduk menetap di kawasan perumahan berhadapan dengan jalan raya Klang Lama sesak saban hari.

Menurutnya, pada mulanya pengusaha terbabit bersetuju untuk berpindah selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini berdasarkan persetujuan telah dicapai hasil mesyuarat bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan persatuan penduduk pada Disember 2010.

“Satu perjanjian dokumen bertulis disediakan namun sehingga ke hari ini wakil pengusaha kereta terpakai tidak menurunkan tanda tangan persetujuan untuk berpindah.

See also  JAECOO unveils J7 SUV's off-road mastery at M4TREC

“Sepatutnya mereka mengotakan janji untuk berpindah sebaliknya berdolak-dalik bagi membolehkan mereka terus beroperasi di kawasan perumahan itu,” katanya.

Komunitikini difahamkan, taman perumahan tersebut mempunyai 119 lot rumah dianggarkan 34 peratus dijadikan premis perniagaan, 12 pusat jualan kereta terpakai manakala 7 buah lagi merupakan rumah kebajikan.

Penduduk mendakwa masalah utama kesesakan jalan raya apabila lori ’trailer’ yang menghantar kenderaan terpakai ke premis ini sesuka hati meletakkan kenderaan di atas bahu jalan sekali gus membahayakan penduduk yang terpaksa menanggung risiko kemalangan.

Mengulas lanjut, S. Selvaratnam berkata penduduk memahami masalah dihadapi mereka iaitu kesukaran untuk mendapatkan tapak perniagaan yang sesuai.Pada masa sama, menurutnya penduduk juga sudah memberi peluang cukup lama yang berlarutan sejak tahun 1995 lagi, jadi sampai bila penduduk harus menunggu.

See also  QJMOTOR shines at Canton Fair

Pada 2006 lalu, Menteri Besar Selangor ketika itu Mohd Khir Toyo telahpun
mengeluarkan arahan kepada MBPJ supaya tindakan segera dapat diambil kepada pengusaha kereta terpakai di perumahan ini kerana ianya bukan sahaja beroperasi secara tidak sah malah menimbulkan masalah kepada penduduk.

“Perkara ini sudah jelas, tiada unsur politik dan kalau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) keluarkan notis perkara itu sudah diarahkan sejak dahulu dan sepatutnya tidak timbul pertikaian.
“Selain itu, punca nilai hartanah kawasan perumahan jatuh disebabkan masalah tersebut, begitu juga dengan kadar jenayah yang turut meningkat, sebab itu penduduk tidak mahu premis jualan kereta terpakai beroperasi di sini,” dakwanya.