Program anti dadah di SK Labuan

Satu program anti dadah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Labuan untuk mendedahkan bahaya dadah kepada pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Program ini, yang turut dihadiri oleh para ibu bapa dan guru-guru sekolah tersebut, telah menyentuh mengenai kepentingan pencegahan awal penyalahgunaan dadah dan juga kesan-kesan negatif yang boleh diakibatkan daripadanya.

Selain itu, bahan-bahan berkenaan dengan program juga turut dipamerkan oleh Agensi Anti dadah dan juga Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kota Belud.

Turut menyerikan majlis yang dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Hamdan Sarudin, adalah pertandingan melukis untuk murid tahap satu dan dua sekolah terbabit.