Pengusaha kereta terpakai bantah tindakan tutup operasi serta merta

Pengusaha kereta terpakai bantah tindakan tutup operasi serta merta

Jurucakap wakil gabungan peniaga-peniaga kereta terpakai Seksyen 18 Petaling Jaya, Lum Ah Kong berkata tindakan itu akan menyebabkan lebih 200 orang penduduk setempat kehilangan pekerjaan.

Gabungan peniaga-peniaga kereta terpakai seksyen 18, Petaling Jaya membantah tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengarahkan pengusaha kenderaan menutup operasi mereka berkuatkuasa serta merta.

Jurucakap wakil gabungan peniaga-peniaga kereta terpakai, Lum Ah Kong berkata  tindakan itu akan menyebabkan lebih 200 orang penduduk setempat kehilangan pekerjaan.

Menurutnya, mereka mempertikaikan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mendakwa telah mengemukakan permohonan mendapatkan lesen perniagaan sejak 1995 lalu.

“Alasan yang dikemukakan oleh wakil pihak penguatkuasa bahawa tanah premis merupakan tanah perumahan dan bukannya tanah perindustrian.

“Kami telah berniaga sek 30 tahun lalu lebih, dengan mengarahkan kami keluar, apa akan terjadi kepada rumah banglo tersebut,” katanya kepada pemberita mewakili 14 pengusaha kereta terpakai sekitar Taman Kanagapuram.

See also  IJM Land unveils Sutera, a tranquil oasis at Seremban 2

Mengulas lanjut, Ah Kong berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama persatuan penduduk dan mendapati punca penutupan berdasarkan aduan diterima adalah berhubung jalan sesak.

Menurutnya, ingin kami perjelaskan bahawa faktor jalan sesak berpunca daripada waktu kemuncak kerana kawasan tersebut hanya mempunyai dua jalan keluar masuk sahaja.

“Di samping itu, jalan Klang Lama dan lebuh raya Pantai Express (NPE) tidak sesuai untuk penduduk kerana bunyi bising,” katanya.

Ah Kong berkata ada antara pengusaha telah memohon kebenaran untuk menukar tapak sebagai tanah komersial.

Menurutnya tetapi sehingga hari ini tiada jawapan diberikan, apa yang menghairankan ada pengusaha kereta terpakai di sekitar ini diberi lesen perniagaan.

“Sewajarnya pihak majlis meneliti dan mempertimbangkan permohonan kami terlebih dahulu termasuk memindahkan ke tapak baru dan bukannya mengarahkan kami keluar begitu sahaja sekaligus memikirkan jalan penyelesaian terbaik mengatasi masalah melanda kami,” ujarnya.

See also  IJM unveils The Promenade for Bandar Rimbayu

Komunitikini mendapati, pihak majlis telah mengeluarkan notis 21 Mac kepada pengusaha dibawah peruntukan UUK 3 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred. Perniagaan dan Perindustrian (MBPJ) 2007.

Menurut kenyataan itu,  tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti tred. perniagaan dan perindustrian dalam kawasan majlis tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pengusaha adalah diarahkan untuk memberhentikan segala aktiviti tred perniagaan dengan serta merta dan sekiranya arahan tersebut tidak dipatuhi, tindakan pindah alih akan diambil oleh pihak majlis.

Segala kos dan risiko adalah dibawah tanggungjawab pihak pengusaha.