Kelab sukan lahirkan kakitangan aktif

Kelab sukan lahirkan kakitangan aktif

Kelab sukan dan sosial merupakan wadah pembinaan jasmani dan emosi serta ia juga mampu mengeratkan silaturrahim di kalangan kakitangan.

Kelab sukan dan sosial merupakan wadah pembinaan jasmani dan emosi serta ia juga mampu mengeratkan silaturrahim di kalangan kakitangan.

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ikhsan Mukri berkata penglibatan kakitangan dalam kelab sosial juga memberikan mereka pengalaman,kemahiran dan pelbagai aktiviti yang bermanfaat terutama mereka yang bergiat aktif di situ.

Menurutnya kelab sukan juga mampu menjadi platform untuk memupuk persefahaman dan mengeratkan silaturahim antara kakitangan antara pelbagai jabatan.

“Aktiviti yang dijalankan memerlukan sokongan dan keprihatinan daripada setiap kakitangan serta kerjasama mereka juga boleh mengaktifkan kelab sukan ini kelak.

“Malah dalam usaha majlis mewujudkan sebuah perkhidmatan yang cemerlang, pembentukan minda kepada nilai-nilai murni boleh diterap melalui penglibatan aktif kakitangan dalam kelab dan persatuan di sini,” katanya.

See also  IRONMAN 70.3: Desaru Coast to host "Torture Camp"

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Sosial MPK Kali Ke 30 di Dewan Hamzah baru-baru ini.

Hadir sama Presiden Kelab Sukan,Zulkifli Abbas,Timbalan Presiden, Hasnor Harith, ahli jawatankuasa dan ahli kelab yang lain.

Ikhsan berkata kepatuhan dan etika kerja penting terutama dalam usaha majlis memberikan perkhidmatan serta penglibatan kakitangan dalam kelab seperti itu juga banyak membantu melatih dan mendidik warga MPK menjadi seorang yang berkaliber dalam menjalankan tugas.

Menurutnya setiap kejayaan yang diperolehi kelak adalah hasil komitmen kakitangan dan jabatan disamping meningkatkan persekitaran kerja berkualiti serta cemerlang.