Jabatan Insolvensi Tawau akan bertemu pelanggan

Jabatan Insolvensi Tawau akan bertemu pelanggan

Jabatan Insolvensi Tawau akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan untuk menerangkan fungsi jabatan mereka dan untuk beramah-mesra dengan pelanggan.

Pejabat  Insolvensi Malaysia cawangan Tawau  (Mdl Tawau) akan mengadakan Hari Khidmat Pelanggan pada 11hb April bertempat di Pejabat Daerah Lahad Datu dan di Hospital Lahad Datu pada 12 April .

Orang awam yang berminat untuk mengetahui peranan dan fungsi Jabatan Insolvensi boleh mengunjungi kaunter mereka yang akan mula dibuka pada jam 9 pagi hingga 3 petang.

Menurut Penolong Pengarah Insolvensi negeri cawangan Tawau, Istazz Hardyan Eiddros, program ini dijalankan bagi memudahkan orang awam untuk mengetahui peranan dan fungsi Mdl  didalam mentadbir hal-hal kebankrapan dan penggulungan syarikat terutamanya kawasan di bawah tadbiran Mdl Tawau.

Iztazz (kanan) berkata, dengan adanya program ini akan dapat memberi peluang kepada orang awam, khususnya kepada mereka yang telah diisytihar bankrap dan yang berada jauh daripada lokasi Pejabat Mdl Tawau untuk bersuai kenal dengan pegawai dan kakitangan MdI.

See also  FICO Scores: Powering credit decisions worldwide

Beliau juga menyatakan  bahawa sesiapa yang ingin berurusan juga boleh pergi ke pejabat mereka di Tawau yang beralamat di TB334 A & 334 B, Blok 42, Lot 9 Parcel 110 & 111, Tingkat Bawah & Satu, Kompleks Fajar, Jalan Merdeka 2/3, 91000 Tawau, Sabah.

Manakala talian yang boleh dihubungi adalah 089-754 030 dan fax : 089-754 021

 

 

Gary Louis Supi