Program usahawan bumiputera untuk siswazah dari Sabah

Program usahawan bumiputera untuk siswazah dari Sabah

Program ini bertujuan melahirkan usahawan bumiputera dari kalangan siswazah dan dijadualkan bermula pada 16hb Mei hingga 7hb Julai 2011 di Kota Kinabalu Sabah.

Satu program Skim Pembangunan Usahawan Siswazah akan dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian melalui usahasama dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank).

Program tersebut yang bertujuan untuk melahirkan usahawan bumiputera dari kalangan siswazah, dijadualkan bermula pada 16hb Mei hingga 7hbJulai 2011 di Kota Kinabalu Sabah.

Pengerusi Pelaksana, Roszariah Awang berkata, modul latihan tersebut merangkumi pelbagai aspek seperti Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Kewangan dan Strategi Pemasaran diikuti dengan penghasilan Rancangan Perniagaan yang akan dipersembahkan kepada beberapa agensi kerajaan yang terlibat.

Golongan siswazah di negeri ini dipelawa untuk mengikuti Program Skim Pembangunan Usahawan Siswazah kali ke-6 (SPUS) sesi 2011 yang akan bermula pada 16 Mei hingga 7-Julai 2011 di Kota Kinabalu Sabah.

See also  CTOS and AirAsia Academy join forces to empower SMEs

Seramai 20 peserta telah disasarkan untuk mengikuti kursus tersebut setelah melalui tapisan temuduga yang dijalankan, ujar Roszariah lagi.

Golongan siswazah yang berminat untuk menjadi usahawan dipelawa untuk mengikuti kursus tersebut dan borang penyertaan boleh diperolehi secara percuma di pejabat SEDCO, Wisma SEDCO, Pejabat MARA di seluruh negeri dan SME Bank Kota Kinabalu sebelum 8 April ini.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi beliau di talian 088-266777 atau 013-8080699.

 

Gary Louis Supi