Pelajar Melayu Mendaftar di Sekolah Tamil

JOHOR BARU – Muhammad Alif Talhah Lizam telah menjadi pelajar melayu pertama yang mendaftar di SJK (T) Masai semenjak dibuka pada 1946.

Image courtesy of The Star Online
Image courtesy of The Star Online

Muhammad Alif Talhah Lizam telah menjadi pelajar melayu pertama yang mendaftar di SJK (T) Masai semenjak dibuka pada 1946.

Akhbar The Star Online melaporkan, Muhammad Alif merupakan antara 142 pelajar Tahun Satu yang memulakan hari pertama sesi persekolahan di SJK (T) Masai pada 3 Jan 2016.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK (T) Masai R. Karthigasen turut teruja dengan pendaftaran pelajar melayu pertama dalam 70 tahun sejarah sekolah tersebut.

Karthigasen berkata beliau yakin Muhammad Alif akan dapat mempelajari Bahasa Tamil seperti pelajar-pelajar yang lain. Ini kerana kebanyakan pelajar berbangsa India juga tidak semestinya fasih membaca dan menulis dalam Bahasa Tamil sebelum mereka bersekolah. Karthigasen juga berharap ini akan menjadi peluang yang baik bagi memupuk perpaduan antara kaum dikalangan pelajar.

“Saya yakin ini akan menjadi peluang yang baik bagi Muhammad Alif belajar Bahasa Tamil dan juga membantu pelajar yang lain mempelajari Bahasa Melayu darinya” Karthigasen berkata.

Beliau juga memuji sikap ibu bapa Muhammad Alif yang mendorongnya mempelajari bahasa yang baru selain Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Menurut The Star Online lagi, pendaftaran murid Tahun Satu di sekolah terbebut kali ini juga telah meningkat berbanding 139 pelajar tahun lepas.

Prestasi baik pelajar SJK (T) Masai di kebanyakan pertandingan juga telah menjadi satu daya tarikan. Pada tahun lepas seorang pelajar sekolah tersebut telah mewakili negara di pertandingan debat peringkat antarabangsa yang berlangsung di India sehingga ke peringkat separuh akhir.

“Kami juga merupakan antara sekolah jenis Tamil yang terbaik di peringkat negara yang melahirkan pelajar yang mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR” Karthigasen berkata.

 

 

Avatar photo

Gana Prakash

Gana joined Citizen Journal in 2013. He knows everything that makes user generated content ticks. Trained as an electrical engineer, Gana is also a stand up comedian and Liverpool die hard.