Golongan belia India ditawar belajar di Kolej Lincoln

Golongan belia India ditawar belajar di Kolej Lincoln

Kolej Lincoln dan MIC Selangor menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) menawarkan pakej khas kepada golongan belia India ingin melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) lalu.

Kolej Lincoln dan MIC Selangor menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU)  menawarkan pakej khas kepada golongan belia India ingin melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) lalu.

Ketua Biro Pengajian Tinggi MIC, TS Sivanesan berkata pakej khas ditawarkan itu, memberi peluang kepada golongan keluarga berpendapatan rendah mempunyai anak berminat untuk menyambung pelajaran sekaligus memastikan mereka tidak ketinggalan.

“Kita mendapati faktor kesempitan wang menjadi punca golongan belia tidak menyambung pelajaran sedangkan ada antara mereka memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM lalu.

“Lantaran itu, MIC Selangor dan pihak kolej mengambil inisiatif mewujudkan usahasama diterjemahkan menerusi MoU untuk membantu golongan belia memerlukan,” katanya.

See also  Goodday KidSTART 2.0 returns to nurture young entrepreneurs

” Mereka boleh terus mendaftar pada bila-bila masa sahaja ke pejabat MIC dan ke kolej Lincoln untuk mengisi borang disediakan tetapi mesti mengikut kelayakan,” katanya kepada pemberita di Kolej Lincoln, Petaling Jaya.

Hadir sama, Presiden Kolej Lincoln, Datuk Dr Bibi Florina Abdullah.

TS Sivanesan berkata antara pakej khas diberikan kepada golongan belia berjaya melanjutkan pelajaran seperti tiada bayaran pendaftaran dikenakan, kemudahan pengangkutan dan penginapan serta tambang kapal terbang percuma kepada pelajar menetap di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, kami telah mengadakan beberapa perbincangan sebelum ini bersama pihak kolej dan yakin graduan akan memperoleh peluang pekerjaan berdasarkan rekod ditunjukkan sebelum ini.

” Ini kerana kami mendapati hampir 100 peratus graduan di sini mendapat pekerjaan di hospital kerajaan dan swasta tempatan berbanding kolej yang lain sukar menempatkan para graduan selepas menamatkan pembelajaran.

See also  APU student's sustainable washroom design wins award

“Selain itu terdapat permintaan peluang pekerjaan daripada luar negara seperti Kanada dan Australia termasuk negara lain,” katanya.

Sehubungan itu, TS Sivanesan berharap golongan belia tidak melepaskan peluang serta mendaftarkan diri mengikuti program ditawarkan di kolej ini.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di Mayang Plaza, Blok A, No 1 Jalan SS 26 / 2, Taman Mayang Jaya, Petaling Jaya atau menghubungi 03-7806 3478 serta emel di [email protected].