Penjara 6 bulan kerana MyKad palsu di Sandakan

Penjara 6 bulan kerana MyKad palsu di Sandakan

Nora A. Mustaham yang telah mendapatkan MyKad palsu dengan harga RM300 telah dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara di Sandakan.

Nilai untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia dengan kadar segera hanyalah RM300 dan ini telah dibuktikan melalui pengakuan seorang wanita warganegara asing apabila beliau dibicarakan di Mahkamah Majistret Sandakan baru-baru ini.

Nora A.Mustaham, 33, mengaku bahawa beliau berjaya mendapatkan dokumen pengenalan diri My Kad dengan nama Dorina Dancil. My Kad yang bernombor 750414-12-5392 dikesan di Kuala Lumpur, apabila beliau membeli tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan.

Walaupun berjaya menaiki pesawat ke Sandakan, Nora telah ditahan oleh pihak imigresen yang mendapati bahawa My Kad tersebut adalah palsu semasa beliau  berada di kaunter ketibaan Lapangan Terbang Batu 7 Sandakan pada 25 Mac lepas.

Pendakwaan kes dibuat dibawah Peraturan 25 (1) (O) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Kumaran A/L Nyanasagaran di hadapan Majistret Monica Linsua.

Nora telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.

 

Gary Louis Supi