Pertandingan hafazan al-Quran di Pahang bermula hari ini

Majlis menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-32 akan berlangsung selama lima hari mulai hari ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang.

Majlis yang dianjur bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan Pahang itu disertai 73 peserta dari 14 negeri.

Pegawai Perhubungan Awam Jakim Asiah Alkharib Shah dalam satu kenyataan, berkata penganjuran majlis secara tahunan itu menggambarkan komitmen kerajaan yang memandang tinggi terhadap para huffaz di Malaysia dalam memartabatkan al-Quran dan menjunjung syariat Islam.

Majlis  akan dirasmikan oleh  Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob malam esok yang akan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom manakala majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

– Bernama

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE