Program transformasi nelayan tidak laku

Program transformasi nelayan tidak laku

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Mohd Johari Baharom hari ini melahirkan rasa kesal kerana nelayan di negara ini tidak mengambil peluang daripada program Bot Transformasi Nelayan yang bertujuan meningkatkan taraf hidup mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Mohd Johari Baharom hari ini melahirkan rasa kesal kerana nelayan di negara ini tidak mengambil peluang daripada program Bot Transformasi Nelayan yang bertujuan meningkatkan taraf hidup mereka.

Beliau berkata sejak diperkenalkan tiga tahun lepas oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), jumlah nelayan yang menyertai program tersebut tidak memberangsangkan.

“Ini adalah program penghijrahan nelayan pantai kepada nelayan moden kerana ia membolehkan mereka menangkap ikan di laut dalam,” katanya selepas merasmikan jeti LKIM Sungai Udang, di sini hari ini.

Menerusi program tersebut, Mohd Johari berkata nelayan pantai bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan tetapi juga mengurangkan kebergantungan kepada subsidi kerajaan.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

“Mereka yang ingin mengikuti program ini perlu bergabung tiga hingga lima orang secara penubuhan syarikat hak milik bersama dan bot kecil akan diganti dengan bot berkuasa tinggi,” katanya.

Johari berkata dengan menyertai program itu, nelayan diberi pinjaman tanpa faedah sebanyak RM100,000 seorang berbanding RM70,000 sebelum ini.

Katanya program itu terbuka kepada semua nelayan kecil, dan mereka digalakkan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya melalui Persatuan Nelayan Kawasan atau LKIM.

“Macam mana hebat sekalipun program diwujudkan, tanpa kerjasama nelayan ia tidak akan berjaya, jadi saya harap selepas ini nelayan kecil akan mengambil peluang yang telah diberikan oleh kerajaan bagi menaikkan taraf hidup mereka,” katanya.

See also  IJM unveils The Promenade for Bandar Rimbayu

Selain itu katanya, nelayan juga perlu menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan di kompleks LKIM dengan baik dan perlu turun ke laut dan mendaratkan hasil tangkapan mereka di kompleks itu.

Nelayan juga perlu mengisytiharkan hasil tangkapan setiap hari, katanya.

— Bernama