Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Subang Jaya

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Subang Jaya

SYABAS ingin memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan sekitar SS15 sehingga SS19, Subang Jaya disebabkan penurunan pada paras kolam Effingham, Bukit Gasing dan Subang Airport.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan sekitar SS15 sehingga SS19, Subang Jaya disebabkan penurunan pada paras kolam Effingham, Bukit Gasing dan Subang Airport.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Abdul Halem Mat Som berkata kejadian ini telah menyebabkan agihan bekalan air dari saluran paip utama menjadi tidak stabil dan melibatkan kira-kira 9,000 akaun pengguna di kawasan sekitar Subang Jaya.

Menurutnya, setakat laporan ini dikeluarkan, pihak SYABAS telah mengambil tindakan dengan meningkatkan bekalan air masuk ke kolam-kolam berkenaan ke tahap maksimum di ketiga-tiga kolam tersebut.

“Sementara menanti bekalan air pulih seperti sediakala, pihak SYABAS telah menggerakan lori tangki bagi membantu membekalkan air kepada para pengguna yang terlibat.

“Pihak SYABAS akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan gangguan ini dan usaha-usaha yang dijalankan oleh SYABAS dari masa ke semasa untuk makluman para penduduk di kawasan terlibat,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Sehubungan itu, Abdul Halem berkata, para pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung bekalan air disarankan untuk menghubungi talian bebas tol PUSPEL iaitu 1- 800 – 88 –5252 yang beroperasi selama 24 jam atau SMS ke 39222 dengan menaip:PUSPEL untuk tindakan segera dilaksanakan oleh pihak SYABAS.

“Selain itu, para pengguna juga boleh melayari laman sesawang Twitter dengan menaip www.twitter.com/puspel serta membuat carian ‘puspel syabas’ di Facebook,” ujarnya.