SMK Tmn Daya2 juara Hoki MSSD Pasir Gudang

Pertandingan Hoki MSSD Pasir Gudang tahun ini menampakkan perkembangan yang positif dengan munculnya banyak pasukan hoki baru yang dilatih oleh guru-guru yang berpengalaman.

Pertandingan ini yang telah diadakan pada 25 Mac bertempat di Stadium Hoki Johor Bahru di mana lapan pasukan daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Pasir Gudang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pasukan hoki perempuan bawah 18 tahun, SMK Taman Daya2 telah tampil sebagai juara pertandingan dengan menundukkan pasukan SMK Pasir Gudang dengan jaringan 1-0 dalam masa tambahan dan seterusnya merampas gelaran juara yang disandang oleh SMK Ulu Tiram pada tahun lepas.

Ditempat ketiga ialah bekas juara SMK Ulu Tiram, dimana menjaringkan satu gol dalam perlawanan dengan SMK Kota Masai.

Di sepanjang kejohanan ini pemain-pemain yang berpotensi telah dipilih untuk mewakili daerah Pasir Gudang pada Kejohanan hoki MSSJ yang akan berlansung pada awal April nanti.