PIBG berperanan penting wujudkan pendidikan cemerlang

PIBG berperanan penting wujudkan pendidikan cemerlang

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan badan penting dalam mewujudkan pendidikan cemerlang dan berjaya di sesebuah sekolah.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan badan penting dalam mewujudkan pendidikan cemerlang dan berjaya di sesebuah sekolah.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda,Ir Kamaruzzaman Johari berkata, PIBG juga berperanan dalam memajukan perkembangan pelajar terutama di situ.

Menurutnya,PIBG dan sekolah saling memerlukan serta membantu termasuk kerjasama dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah yang masing-masing.

“PIBG berperanan dalam membantu guru-guru dalam pelbagai aspek dalam usaha meningkat kecemerlangan di sekolah masing-masing.

“Malah dana yang terkumpul ini juga secara tidak langsung dapat membantu terutama kebajikan dan memberi manfaat kepada para pelajar di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 8 dan Pelancaran Tabung Pendidikan Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 ( 1) di dewan sekolah itu baru-baru ini.

See also  APU welcomes Fulbright Scholar Dr. Kelly McKenna

Hadir sama ialah Guru Besar,Imam Maskor Sahuji,Yang Di Pertua PIBG,Norismail Sarbini, ajk PIBG, guru-guru dan ibu bapa.

Pada mesyuarat berkenaan,Kamaruzzaman juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM 3000 untuk tabung pendidikan sekolah itu.

Menurutnya, komitmen ibu bapa dalam PIBG juga mampu menyuntik semangat anak-anak untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan kelak.

“PIBG perlu terus aktif dan agresif dalam membantu sekolah merealisasikan kejayaan yang kita inginkan selaras dengan hasrat kerajaan dalam membentuk masyarakat berpendidikan,” katanya.