‘Dalam Botol’ membuka dimensi baru filem Melayu

‘Dalam Botol’ membuka dimensi baru filem Melayu

Biarpun menerima kecaman dan kritikan pelbagai pihak sebelum ini, penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman membuktikan filem terbarunya “Dalam Botol” diterima ramai apabila mencatat kutipan RM1 juta selepas lima hari ditayangkan.

Raja Azmi berkata kutipan tersebut di luar jangkaannya memandangkan filem yang diterbitkan beliau sebelum ini tidak pernah meraih jumlah sebanyak itu.

“Bagi saya, filem “Dalam Botol” ini merupakan satu usaha dakwah saya untuk mengingatkan masyarakat agar jangan terpengaruh dengan budaya gay yang dianggap ‘tabu’ di negara ini.

“Dari satu sudut lain, keupayaan filem “Dalam Botol” meraih kutipan sebanyakRM1 juta satu petanda bahawa orang ramai menonton filem tersebut. Itu sebabnya saya sangat percaya bahawa lebih ramai akan menonton filem “Dalam Botol” selepas ini,” katanya ketika ditemu bual dalam program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24 hari ini.

Filem “Dalam Botol” arahan Khir Rahman bersandarkan kepada konflik percintaan pasangan sejenis dan disifatkan sebagai percubaan berani dalam membuka dimensi baharu filem Melayu dengan memaparkan isu realiti namun ‘tabu’ menerusi layar perak.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata pihaknya tidak berhasrat menghantar filem tersebut ke festival gay sekalipun dijemput kerana ia bukan sebuah filem gay.

Katanya, jika filem itu gagal mengaut keuntungan yang disasarkan, beliau nekad untuk berhenti membikin filem baharu pada masa akan datang.

— Bernama