Projek perumahan Bukit Botak berjalan lancar

Projek perumahan Bukit Botak berjalan lancar

Iskandar berkata, berdasarkan kemajuan di tapak, projek yang dilaksanakan PKNS berupaya disiapkan menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012.

Projek perumahan Bukit Botak Selayang berjalan lancar dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata,  berdasarkan kemajuan di tapak, projek yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berupaya disiapkan menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012.

Menurutnya, projek tersebut dibahagikan kepada 6 fasa agar ia dapat dilaksanakan serentak dan akan disiapkan secara berperingkat-peringkat

“Sebarang masalah yang dihadapi adalah masalah biasa yang dihadapi oleh sebarang projek pembinaan dan akan dapat diatasi,” katanya setellah melakukan lawatan tapak ke projek perumahan Taman Selayang Mutiara untuk bekas peneroka bandar Kampung Bukit Botak beberapa hari lalu.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin A’ala, Timbalan Pengurus Besar ( Teknikal ) PKNS, Ir Abdul Ghani Hashim dan Penyelaras DUN Taman Templer Mohammad Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata sebanyak 1,422 unit rumah berkembar akan disiapkan untuk bekas peneroka bandar Kampung  Bukit Botak.

Menurutnya, keluasan setiap unit adalah 850 kaki persegi di mana ia akan dijual dengan harga RM99,000 walhal harganya di pasaran terbuka adalah sekurang-kurangnya RM170,000.

“Perlaksanaan projek Taman Selayang Mutiara atau Bukit Botak membuktikan Kerajaan Pakatan berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan terdahulu sebelum ini.

“Ia juga menunjukkan kerajaan Selangor berjaya mencari jalan penyelesaian untuk masalah peneroka bandar,” ujarnya.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans